“Mamat Sepet Ni Siapa, Famous Ke?” – Pakcik Ini Buat Peminat ‘GobIin’ Meroyan!

Bagi yang selalu mengikuti drama atau filem dari Korea Selatan, pastinya familiar sangat tentang bakat dan karisma yang dimiliki oleh pelakon bernama Gong-Yoo ini. Meskipun bakal menginjak ke usia 40 tahun pada 10 Julai nanti, teraju utama drama bersiri Goblin serta filem Train to Busan ini masih nampak segak dan mampu menambat hati ramai wanita di seluruh dunia. Baru-baru ini dia telah diundang ke Fashion Week oleh Louis Vuitton di Paris.

BACA: [FOTO] Running Man Versi Avengers Buat Ramai Teruja, Song Ji-Hyo Jadi Tumpuan!

Bagaimanapun, aktor ini telah tular menerusi kisah yang agak lucu di laman Twitter. Menerusi perkongsian oleh pemilik akaun bernama Hany ini, pada awalnya mereka sekeluarga tidak percaya bahawa bapanya telah bergambar dengan Gong-Yoo, dan menyangkakan foto itu cuma bersama dengan patung lilin.

Menurut Hany, foto itu terhasil apabila Gong-Yoo secara kebetulan duduk di lokasi yang sama dengan bapanya. Tidak cukup dengan itu, pak cik tersebut turut berseloroh di dalam group WhatsApp keluarga mereka apabila tidak tahu langsung mengenai identitinya. 

“Mamat sepet ni siapa, famous ke?”

Dia dusuk sebelah papa lepas lari dari budak2…anyway siapa mamat Korea ni?

Selain menghiburkan, perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai netizen yang turut ‘cemburu’ dengan bapa gadis ini.

Diorang snap macam member je…yang lain kat situ terpaksa berasak

Untungnya! Nak jugak Gong Yoo

Jodoh tu…bakal suami terjumpa ayah mertua di Paris

Sumber: Twitter haanyyy__ & itsdhurr

Apa Komen Anda?