“Mana Aku Nak Cekau Duit”-Lelaki Dedah Realiti Pahit Altimet Lalui Bila Bersara

Setahun berlalu sejak Altimet mengumumkan persaraannya sebagai penyanyi dalam industri muzik negara ini. Sejak itu jugalah tiada lagi penampilan istimewanya muncul di pentas besar untuk bertanding mahupun melakukan undangan persembahan. Namun begitu Altimet pernah menjelaskan bahawa dia tidak akan berhenti daripada terus berkarya menghasilkan lagu buat penyanyi lain meskipun sudah bersara. 

BACA: Bukan Calang-Calang Karya, Lagu Altimet Terpilih Jadi Subjek Kajian Thesis!

Setiap kali selebriti membuat keputusan untuk bersara daripada bidang seni, masalah kewangan pasti menjadi satu isu kerana mereka telah melepaskan peluang pekerjaan yang menjanjikan bayaran lumayan. Tak dinafikan, perkara itu juga pernah dirasai Altimet ketika mulanya. 

Dah sampai masa aku bersama keluarga 

Seorang penulis bernama Khairul Hakimin yang juga aktif menjadi sukarelawan mengikuti misi kemanusiaan ke negara bergoIak ada menceritakan tentang Altimet di ruangan Facebooknya. Melalui satu posting, Khairul Hakimin telah menceritakan isi perbualannya dengan rapper tersebut sewaktu mereka menyertai misi bantuan ke Syria baru-baru ini. 

2 hari lepas aku dapat job besar.. Alhamdulillah

Hari ni dapat tengok betapa sibuknya Altimet

Walaupun pada mulanya Altimet agak runsing memikirkan keadaan ekonominya selepas bersara daripada dunia hiburan, namun akhirnya Altimet sedar bahawa Tuhan itu ada dan akan membantu hambanya. Semuanya bermula dengan niat. Jika melakukan sesuatu itu dengan niat yang benar maka dia percaya Allah akan membantu untuk mempermudahkan segalanya. 

Sumber: FB Khairul Hakimin Muhammad

Apa Komen Anda?