“Mana Boleh Jual Isi Durian Sahaja, Peniaga Boleh Lingkup!”

Baru-baru ini, tular kisah seorang peniaga yang dikatakan bersikap jujur kerana menjual isi durian sahaja kepada setiap pelanggan yang menyinggah di gerainya di Perlis. Menurut Mohd Izzuwan, kaedah penjualan durian itu diamalkan olehnya selepas beberapa kali kecewa membeli durian yang isinya kurang baik, selain untuk menarik minat lebih ramai penggemar raja buah itu apabila lebih 200 biji durian telah terjual setiap hari.

BACA: “Kami Tak Mahu Dilabel Penipu” – Peniaga Viral Dedah Sebab Jual Isi Durian Saja

Kredit foto: Harian Metro

Dalam sebiji durian kita tak tahu berapa ulas isinya…bagaimana peniaga untung?

Namun begitu, kisah peniaga viral itu turut menimbulkan rasa kurang senang golongan peniaga lain yang menyifatkan tindakan seperti itu cuma mendatangkan lebih banyak kerugian daripada keuntungan. Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, iaitu Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata situasi ini sebenarnya menyukarkan peniaga untuk meletakkan harga yang sesuai bagi setiap jual beli yang berlaku menerusi pendedahan di portal Sinar Harian baru-baru ini. 

Dalam pada itu, dia turut berpendapat para pengguna akan cenderung untuk beralih kepada penjual lain pula apabila buah yang dijual itu tidak mampu tahan lama. Ringkasnya, dia menyarankan para pengguna agar bijak dalam membelanjakan wang masing-masing untuk perkara sebegini. Hal ini kerana mereka lah yang boleh mengawal serta menentukan kawalan pasaran termasuklah perusahaan buah durian. Jika dirasakan harga yang dipamerkan peniaga terlalu mahal, pengguna berhak untuk boikot dan membuat aduan kepada pihak berwajib.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Sinar Harian

Apa Komen Anda?