“Mana Sahabat Mana Musibat”- 2 Tahun Erra Buat Perangai, Ini Pendedahan Erma!

Persengketaan antara Datin Seri Umie Aida dengan Erra Fazira menjadi perhatian ramai apabila beliau memuat naik beberapa status di media sosial sehingga ramai yang mengaitkannya dengan sahabat lamanya itu. Melalui status yang ditulis Umie Aida, dia agak kecewa apabila individu tersebut sanggup mengkhianati persahabatan mereka hanya kerana wang ringgit, malah mengulangi kesilapan yang sama meskipun sebelum ini sudah dimaafkan. 

BACA: “Saya Khianat Dia 3 Kali” – Erra Fazira Akhirnya Akui Silap Pada DS Umie Aida!

Baru-baru ini status terbaru Umie Aida tentang kehebatan doa telah mendapat perhatian kakaknya, Erma Fatima. Di ruangan komen, pengarah terkenal ini telah meninggaIkan komen panjang seperti memerli individu yang dimaksudkan Umie Aida dalam statusnya selama ini. 

Minta pertolongan dengan Allah.. janji Allah pasti

Opps lupa.. orang kalau dah biasa hidup macam tu dari dulu macam mana nak berubah

Walau bagaimanapun, ada individu yang menyelar kenyataan Erma Fatima kerana menyifatkannya seperti budak-budak. 

Umur 60 takkan perangai masih macam budak2

Erma telah menjawab tuduhan itu dan menegaskan bahawa dia bukan bersikap kebudak-budakan. Sebaliknya dia hilang sabar apabila perkara ini sudah menimpa adiknya selama dua tahun. 

Dah mohon maaf tapi masih buat. Dibodoh2kan adik saya

Dah terang yg mana sabahat yang mana musibat

Erma Fatima turut menegaskan bahawa pihaknya kini sudah mempunyai segala bukti kesalahan yang dibuat Erra Fazira namun malangnya dia masih tidak mahu mengaku. 

Kelakar kawan hang ni

Terbaru, Erra Fazira juga sudah memohon maaf melalui Instagramnya dan mengakui silapnya yang mengecewakan Umie Aida buat kali ketiga. 

Sumber: IG ermafatima

Apa Komen Anda?