“Mana Tahu Ni Post Terakhir..” – Suara Merdu Remaja Mengaji Buat Ramai Kagum

Memiliki suara yang merdu adalah merupakan salah satu kurniaan Allah tidak ternilai. Lebih baik lagi jika individu tersebut dapat menggunakan kelebihan luar biasa yang ada itu untuk tujuan kebaikan seperti mengalunkan kalimah suci Al-Quran atau azan. Realitinya, bacaan yang merdu ini bukan sahaja dapat menarik perhatian ramai, namun turut menenangkan jiwa para pendengar. 

BACA: Selalu Amalkan Mengaji Lepas Subuh, Ozlynn Dedah Rahsia Anak Baik Dengar Kata

Membaca surah Ar-Rahman

Advertisement

Baru-baru ini, viral sebuah video yang memaparkan seorang remaja lelaki bernama Muhammad Faris Akhtar membaca potongan ayat daripada surah Ar-Rahman sambil dirakam oleh rakannya. Selain suara merdu remaja ini kedengaran agak merdu, tetapi menariknya dia juga mengalunkan kalimah suci itu dalam keadaan santai dan bersahaja di sebuah kawasan parkir kereta. 

 

Advertisement

Mana tahu ini post yang terakhir..

Di ruangan kapsyen, Muhammad Faris sempat mencoretkan luahan dari dirinya bahawa sekiranya ini peluang terakhir dirinya, sekurang-kurangnya dia mahu berkongsikan sesuatu kebaikan dengan pengikutnya. Di penghujungnya, perakam video ini turut berasa kagum dengan suara merdu remaja ini.

Advertisement

Advertisement

Tenang dengar dia mengaji macam ni

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan respon yang positif terhadap bakat remaja berkenaan. Ramai tampil memuji kemerduan suara pemuda ini serta tidak kurangnya ada juga meluahkan keinginan mereka untuk belajar bertaranum dengan baik. Secara keseluruhannya, video yang berdurasi 1 minit 57 saat ini setakat ini telah meraih lebih 45 ribu jumlah tontonan. 

Advertisement

Sumber: Twitter frsakhtr

Advertisement

Apa Komen Anda?