Masa Blind Date Awkward Nak Borak Apa, Kini Counting Days Nak Naik Pelamin!

Sejak penggunaan media sosial semakin meluas pada masa kini, ramai individu menjadikan kemudahan alam maya ini sebagai medium perkenalan untuk mencari cinta. Selalunya ramai yang akan tertarik atau terpikat dengan seseorang itu berdasarkan gambar yang dipaparkan menerusi profil mereka. Jaranglah orang nak kongsikan gambar diri yang hodoh, selalunya mestilah yang  nampak cantik dan kacak kan? 

BACA: Tak Tunjuk Couple, Tanda Tak Sayang? Inilah Mentaliti Sampah Budak Zaman Kini!

Gambar sekadar hiasan

Namun tidak pula bagi sepasang  couple ini yang sedang menghitung hari bergelar suami isteri selepas berkenalan pada tahun 2017. Pada awalnya, mereka telah mengaturkan pertemuan sekadar untuk bersantai dan menceritakan masalah masing-masing tanpa sebarang niat untuk bercinta.

Aku tengah blind date ni.. nervous nak borak apa

Kisah percintaan mereka mula menjadi perhatian netizen apabila lelaki bernama Akmal ini berkongsi sebuah throwback di Twitter memaparkan gambar teman wanitanya ketika mereka pertama kali berjumpa secara blind date. Sehingga kini tweet tersebut meraih hampir 10 ribu retweet dari pengguna Twitter. 

Bercerita lanjut mengenai blind date tersebut, Akmal telah menceritakan bagaimana mereka boleh berkenalan dan akhirnya membuat keputusan untuk berjumpa walaupun ketika itu mereka langsung tidak mengetahui rupa paras masing-masing kerana tidak berkongsi sebarang foto diri di media sosial. 

 

 

 

Gambar sekadar hiasan

Follow akaun Twitter. Dia takde gambar profile, jarang tweet

Menurut Akmal, 28, perkenalannya dengan gadis bernama Fatin itu bermula apabila dia membaca maklumat tentang kawasan Ampang menerusi akaun Twitter bernama @1Ampang. Dia yang ketika itu bekerja sebagai site engineer telah terdetik untuk melihat senarai follower akaun tersebut untuk mencari jika terdapat individu yang dikenalinya. 

Bila saya tengok tiada pun muka yang saya kenal, saya follow beberapa followers dari akaun berkenaan secara rawak termasuk akaun Twitter dia (Fatin). Waktu itu, akaun Twitter saya dan dia tiada profile picture dan dia jarang tweet. Selepas lebih kurang 3 bulan follow, baru saya nampak dia tweet. 

Dia cakap taknak cerita semua kat Twitter, saya DM dia

Pada mulanya Akmal tidak terfikir untuk menegur gadis itu namun apa yang menarik perhatiannya apabila Fatin sering memuat naik status berunsur sedih, membuatkan dia tergerak hati untuk bertanyakan keadaannya.

Lepas beberapa kali reply, dia cakap tak nak cerita semua di Twitter, taknak orang baca. Kemudian saya DM dia, selepas beberapa kali reply, kami sambung di Whatsapp pula

Kami decide untuk jumpa tanpa mintak apa2 gambar atau details

Perkara yang membuatkan kami ingin berjumpa adalah sebab saya dan dia duduk tidak jauh, lebih kurang 10km jarak rumah kami. Kami decide untuk jumpa tanpa minta gambar atau tanya apa2 details. Just deal untuk terus jumpa dengan niat dia nak bercerita tentang kehidupan masing2

Akui Akmal, dia sememangnya tidak menyangka bahawa gadis yang selama ini dikenali secara ‘anonymous’ di Twitter itu rupanya seorang yang sangat cantik! Malah ketika itu Fatin juga bekerja sebagai seorang beauty consuItant dan kini pula sebagai seorang model musIimah sepenuh masa, maka tidak hairanlah jika dia memiliki personaliti yang menawan sehingga membuatkan Akmal tertarik. 

Selepas blind date itu, hubungan mereka akhirnya menjadi lebih rapat. Akmal dan Fatin sering meluangkan masa bersama untuk jogging, menonton wayang dan sebagainya. Selain paras rupa, perkara yang membuatkan Akmal tertarik dengan gadis berusia 26 tahun ini adalah sikap sopan-santunnya, cara pertuturan dan juga pemikirannya yang jelas menampakkan dirinya sebagai seorang wanita matang.

Akmal juga mendapati diri mereka mempunyai banyak persamaan daripada segi minat serta pemikiran. Selain itu, Fatin juga pandai mengambil hati kedua-dua ibu bapa Akmal, membuatkan dirinya lebih yakin untuk melamar gadis tersebut.

Bakal bernikah pada 28 September

Jelas Akmal, pada mulanya mereka hanya ingin berkawan namun selepas tertarik dengan keperibadian gadis itu Akmal terus melamar dirinya. Mereka telah mengikat tali pertunangan selepas empat bulan blind date tersebut berlaku dan bakal bernikah pada 28 September akan datang. 

Sumber: Twitter akmalhizzat, IG akmalhizzat

Apa Komen Anda?