“Masa Isteri Tengah Contraction, Pasrah Je Lah Apa Dia Buat..”

“Isteri aku nak bersalin, alamak apa aku kena buat ni?!” Perasaan gemuruh saat menantikan detik kelahiran bukan sahaja dirasai oleh bakal ibu, tetapi juga para suami lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali berdepan dengan situasi itu. Pun begitu, kehadiran mereka sebenarnya dapat memberikan isteri semangat ketika sedang menahan penangan contraction dan meneran yang boleh memakan masa berjam-jam lamanya. Ikuti perkongsian yang dibuat oleh saudara Khairul Amilin ini.

BACA: “6 Jam Contraction Habis Tangan Badan Aku CaIar Digigitnya” – Hafiz Mahamad

Masa isteri contraction…pasrah je lah apa dia buat

Dia nak bertarung…suami jadi macam shield hilangkan takut isteri

Menurut Khairul, dia mengakui pernah nervous saat pertama kali melangkahkan kaki ke dalam ruangan bilik bersalin semasa kelahiran anak sulungnya beberapa tahun yang lalu. Namun akhirnya dia berjaya mengumpulkan segala kekuatan untuk setia di sisi isteri demi menghilangkan derita yang ditanggungnya ketika proses tersebut berlaku. Dia juga berkongsi beberapa paparan suasana dan alat kelengkapan yang biasanya terdapat di sana.

Anak pertama lengan abang caIar sikit…anak kedua..

Tambahnya lagi, dia sangat bersyukur kerana diberikan 2 kali peluang berada di dalam bilik keramat itu walaupun bermacam drama berlaku. Malah Khairul turut memaklumkan yang dia sudah kurang cemas semasa isterinya melahirkan anak kedua mereka sekitar bulan Mac lalu kerana lebih bersedia memberikan bantuan yang sepatutnya. Dalam pada itu, dia turut berkongsi beberapa tips yang perlu diberi perhatian oleh para suami di luar sana selain menghargai pengorbanan isteri selaku pembawa zuriat dalam keluarga.

Sumber: Twitter MILINAMILIN

Apa Komen Anda?