“Masa Konvo Ada Sorang Wanita Naik Pentas Tapi Tak Pakai Jubah, Rupanya Dia..”

Beberapa hari ini, rancak di media sosial graduan-graduan di beberapa buah universiti memuat naik foto mereka sedang bergraduasi. Rata-rata semua kelihatan sangat gembira setelah berjaya menamatkan pengajian yang mengambil masa bertahun-tahun itu. Namun di sebalik kegembiraan tersebut, terselit kisah pilu seorang wanita yang naik ke pentas graduasi bagi mengambil segulung ijazah namun tanpa jubah konvokesyen.

BACA:CGPA Aku 2.79 Parents Masih Datang Konvokesyen, Tapi Bila Mak Tengok Result..

Tiba-tiba muzik gamelan dihentikan

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, seorang pemuda memuat naik gambar seorang wanita terbabit sewaktu majlis konvokesyen berlangsung. Malahan, muzik gamelan yang pada masa itu dimainkan bagi mengiringi istiadat konvokesyen turut dihentikan. 

Gambar Sekadar Hiasan

Tabahnya seorang wanita 

Rupa-rupanya wanita tersebut adalah isteri kepada seorang graduan yang sepatutnya menerima ijazah dalam majlis itu. Ijazah yang diberikan kepadanya adalah secara anumerta (gelaran/pangkat yang diberikan sesudah seseorang yang sudah tiada). Si suami, Syed Shahfuddin Syed Zainal Abidin difahamkan telah kembali ke rahmatullah gara-gara kanser lymphoma pada Januari lalu.

Satu dewan bacakan surah Al Fatihah

Bapa kepada empat orang anak itu merupakan lulusan daripada bidang Ijazah Sarjana Komunikassi Massa. Ujar penulis tweet ini lagi, muzik gamelan tersebut dihentikan sebagai tanda penghormatan. Sesi bertafakur dengan bacaan surah Al Fatihah juga dilakukan sebelum isterinya mengambil gulungan ijazah tersebut. 

Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Twitter TheSenduLife

Apa Komen Anda?