“Masa Tu Jentera Dah Penuh, Tapi Hati Berkeras Nak Pergi, Rupanya Tu Adik Saya”

Menjadi seorang anggota penyelamat bukanlah satu hal yang mudah. Bukan sahaja perlu berani dan bersedia untuk menerima misi kecemasan pada setiap masa, nyawa mereka juga menjadi taruhan ketika bertugas. Sekitar 10 Mei lalu, seorang anggota bernama Kholid Abu Kasim terlibat dengan misi menyelamat insiden jalan raya. Siapa sangka salah seorang yang terlibat dalam tragedi itu adalah adiknya sendiri.

Baca : Yusuf Kena Jaga Adik Mummy Kalau Jadi Apa-Apa Kat Daddy Hairul Azreen

Pada hari tersebut, mereka menerima panggilan kecemasan yang melaporkan tentang sebuah insiden teruk. Dalam keadaan bergegas, semua anggota lain sudah mula memenuhi jentera mereka dan bersedia untuk menuju ke tempat kejadian.

Ketika itu, hati Kholid tiba-tiba membentak untuk menyertai misi menyelamat tersebut padahal bilangan anggota yang perlu terlibat sudah mencukupi. Tekad mengikut gerak hatinya, dia terus bergegas ke tempat kejadian.

Apabila sampai, anggota lain telah selesai menguruskan semua orang yang terlibat. Namun tumpuan Kholid teralih ke arah satu susuk tubuh tidak bernyawa. Hatinya bertambah pilu tatkala pihak p0lis mengesahkan itu adalah adik kandungnya sendiri. Kata Kholid, pastinya dia akan bergegas lebih awal jika mengetahui insiden tersebut melibatkan insan tersayang.

Hujung-hujung baru tahu itu adik dia sendiri…

Netizen juga merasa sebak dengan kejadian yang menimpan Kholid ini.

Hanya yang pernah kehilangan akan merasainya…

Aduh! Pagi-pagi dah nangis…

Tabahnya abang dia…Sebak dengar

 

Sumber : Twitter Ahmad Fedtri Yahya

Apa Komen Anda?