Hiburan Inspirasi

“Masak Welcome-Welcome Je” – Gelagat Jep Sepanjang Tempoh PKP Hiburkan Netizen

“Masak Welcome-Welcome Je” – Gelagat Jep Sepanjang Tempoh PKP Hiburkan Netizen

Sharing is caring!

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu yang telah dikuatkuasakan 7 hari lalu ternyata telah memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia. Sepanjang tempoh tersebut, orang ramai dilihat menyibukkan diri mereka dengan memasak, menghias rumah dan banyak lagi. Rentetan itu, pelakon dan pelawak terkenal ini turut mengisi masa lapangnya dengan melakukan aktiviti-aktivit berfaedah.

BACA : Sambil Menyiram Sempat Bebel, Jep  ‘Sekolahkan’ Rakyat Malaysia Yang Degil

“Masak Welcome-Welcome Je” – Gelagat Jep Sepanjang Tempoh PKP Hiburkan Netizen


Anak nak makan

Melalui salah satu klip video Jep Sepahtu di laman Instagram miliknya, dia dilihat sedang memasak ‘jemput-jemput’ di dapur rumahnya. Tujuan dia memasak ketika itu adalah bagi memenuhi permintaan anak-anaknya yang kelaparan pada waktu malam. Namun apa yang menghiburkan adalah celotehnya sepanjang video berkenaan berjalan. Selain itu, Jep turut memberitahu perbuatannya itu adalah bagi membantu isterinya yang sedang sarat mengandung.

Tolong tidurkan anak

Penyampai radio tersebut turut memuat naik satu lagi video mengenai aksi dia mendodoikan anaknya untuk tidur sambil mendendangkan lagu. Namun, uniknya lagu dodoi itu taklah selembut yang disangka hingga Jep sendiri berseloroh telah ditegur jirannya. Selain itu, dia juga berkata musim cuti itu digunakan sebaiknya untuk membantu ‘orang rumah’ dalam menguruskan rumah tangga.

 

Muat naik lagi banyak video

Perkongsian aktiviti Jep tersebut telah menarik perhatian pengikutnya di laman Instagram. Rata-rata mereka tidak kering gusi menonton gelagat pelawak itu. Selain itu, ada juga turut meminta supaya Jep memuat naik lebih banyak video aksinya sepanjang tempoh PKP berkenaan dilaksanakan.


“Masak Welcome-Welcome Je” – Gelagat Jep Sepanjang Tempoh PKP Hiburkan Netizen “Masak Welcome-Welcome Je” – Gelagat Jep Sepanjang Tempoh PKP Hiburkan Netizen “Masak Welcome-Welcome Je” – Gelagat Jep Sepanjang Tempoh PKP Hiburkan Netizen

Sumber : Instagram Jep Sepahtu


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Masak Welcome-Welcome Je” – Gelagat Jep Sepanjang Tempoh PKP Hiburkan Netizen

Sharing is caring!