Masalah Kewangan Jadi Punca Tertinggi Berpisah, Netizen Kaitkan Isu Hantaran!

Tidak dinafikan, perpisahan antara suami isteri merupakan mimpi ngeri dalam setiap mahligai rumah tangga yang dahulunya dibina agar berkekalan hingga ke Jannah. Namun jika sudah tiada kata sepakat, ternyata itulah sahaja jalan penyelesaian yang perlu dilalui oleh mereka dalam meneruskan hidup dengan lebih baik. Dan baru-baru ini, Kementerlan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada mengeluarkan statistik tentang permohonan Tribunal Perkahwinan sejak 2013 hingga Mei 2019.

BACA: Bermadu Atau Berpisah? Wanita Lebih Pilih Angkat Kaki Bila Suami Nak Kahwin Dua

Kredit: Bernama

Ni mesti sebab hantaran 15 ribu…pastu wedding nak grand

Menurut statistik itu, didapati masalah kewangan merupakan punca yang paling tinggi menyumbang kejadian iaitu dengan jumlah lebih 17,000. Bilangan itu melebihi hampir 3 kali ganda jika dibandingkan dengan 2 punca tertinggi lain iaitu masalah yang melibatkan keterlibatan pihak ketiga dan juga masalah domestik dalam rumah tangga. Memperlihatkan hasil statistik itu, rata-rata netizen malah turut berpendapat bahawa perkara itu boleh tercetus apabila melibatkan nilai hantaran yang tinggi sewaktu diijabkabulkan.

Sumber: Bernama, YouTube TV. PPIM & Twitter farhanajafri

Apa Komen Anda?