Viral Isu Semasa

Realitinya Ramai Lagi Yang Tak Mampu Beli Face Mask, Mungkin Terpaksa Recycle

Realitinya Ramai Lagi Yang Tak Mampu Beli Face Mask, Mungkin Terpaksa Recycle

Sharing is caring!

Memetik laporan Astro Awani, harga face masks terpaksa dinaikkan kerana pemintaan yang mendadak dalam negara serta bekalan berkurangan di seluruh dunia ekoran penularan COVID-19. Walaupun harga maksimum pelitup muka telah diturunkan daripada Rm1.50 kepada Rm1.20 seunit, namun ia masih dianggap ‘mahal’ daripada 80 sen sebelum ini.

BACA: Pakar Dermatologi Dedah Tips Berguna, Elak Masalah Kulit Semasa Pakai Face Mask


Peruntukkan untuk face mask sahaja memakan 14% daripada income bulanan keluarga B40

Pengguna Twitter dikenali sebagai Faizal Hamssin menyatakan setiap individu perlu mengeluarkan kos RM72 jika secara puratanya memakai 2 unit setiap hari untuk sebulan. Maka keluarga yang terdiri daripada 4 orang ahli pula dianggarkan perlu berbelanja hampir RM300 demi alat pelindung tersebut. Secara tak langsung, ia dianggap membebankan rakyat yang berada dalam kategori B40.

Realitinya Ramai Lagi Yang Tak Mampu Beli Face Mask, Mungkin Terpaksa Recycle

Realitinya Ramai Lagi Yang Tak Mampu Beli Face Mask, Mungkin Terpaksa Recycle
Gambar Sekadar Hiasan

Banyak keluarga akan terpaksa recycle pelitup muka

Menurut Faizal, banyak keluarga akan menghadapi masalah untuk menukar pelitup muka jika COVID-19 masih tidak dapat dibendung dalam masa setahun lagi. Susulan itu, ramai pihak dijangka terpaksa menggunakan semula face masks walaupun amalan itu bercanggah dengan cara pemakaian yang dianjurkan.


Realitinya Ramai Lagi Yang Tak Mampu Beli Face Mask, Mungkin Terpaksa Recycle

Realitinya Ramai Lagi Yang Tak Mampu Beli Face Mask, Mungkin Terpaksa Recycle
Gambar Sekadar Hiasan

Keluarga yang berkemampuan boleh bantu amalkan langkah pencegahan lebih efektif

Justeru, Faizal menyarankan keluarga yang agak berkemampuan supaya elakkan daripada mengunjungi kawasan sesak serta amalkan penjarakan fizikal dengan lebih baik. Rutin menukar pelitup muka dengan kerap juga sangat bagus untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Realitinya Ramai Lagi Yang Tak Mampu Beli Face Mask, Mungkin Terpaksa Recycle

Realitinya Ramai Lagi Yang Tak Mampu Beli Face Mask, Mungkin Terpaksa Recycle
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Twitter Faizal Hamssin, Astro Awani


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini