Viral

Masih Basah Dilahirkan, Bayi ‘Viral’ Genggam Alat Cegah Hamil IUD Milik Si Ibu

Masih Basah Dilahirkan, Bayi ‘Viral’ Genggam Alat Cegah Hamil IUD Milik Si Ibu

Sharing is caring!

Memang benar setiap anak itu akan membawa rezeki besar dalam keluarganya apabila dilahirkan. Namun melihat semula kehidupan sekarang, suami isteri disarankan untuk merancang kehamilan demi kebaikan dan kelangsungan keluarga. Sehinggakan ada yang memilih untuk memakai alat pencegah hamil IUD. Akan tetapi, ia bukanlah jaminan seseorang wanita itu tidak akan mengandung lagi.

BACA : Bukan Tak Sayang.. Ibu Derita Depresi Sanggup Berhabis Duit Demi Anak Autisme


Bayi lahir sambil genggam alat cegah hamil IUD

Di Vietnam, seorang wanita dikatakan selamat melahirkan zuriatnya. Lebih istimewa lagi apabila bayi lelaki berkenaan dilihat memegang gegelung kontraseptif yang digunakan ibunya untuk mencegah kehamilan.

Masih Basah Dilahirkan, Bayi ‘Viral’ Genggam Alat Cegah Hamil IUD Milik Si Ibu

Masih Basah Dilahirkan, Bayi ‘Viral’ Genggam Alat Cegah Hamil IUD Milik Si Ibu

Guna alat tersebut untuk elak daripada hamil lagi

Difahamkan, wanita berusia 34 tahun itu menggunakan kaedah perancang keluarga IUD tersebut kira-kira dua tahun lalu. Ia susulan si ibu sudah mempunyai dua cahaya mata di samping usianya yang semakin meningkat tua. Alat halangan berbentuk ‘T’ tersebut dikatakan keluar bersama bayi seberat 3.2 kilogram ketika dia dilahirkan.


  Masih Basah Dilahirkan, Bayi ‘Viral’ Genggam Alat Cegah Hamil IUD Milik Si Ibu

IUD tersebut gagal sebab ia dah berubah dari tempat asal

Dalam pada itu, pakar obstetrik Tran Viet Phuong tidak melepaskan peluang untuk merakam detik istimewa tersebut sebelum dikongsikan di laman Facebook miliknya. Menurut beliau, IUD tersebut mungkin gagal mencegah kehamilan wanita berkenaan kerana telah berubah dari tempat asalnya.

Masih Basah Dilahirkan, Bayi ‘Viral’ Genggam Alat Cegah Hamil IUD Milik Si Ibu

Masih Basah Dilahirkan, Bayi ‘Viral’ Genggam Alat Cegah Hamil IUD Milik Si Ibu
Gambar Sekadar Hiasan

 

Sumber : Facebook Benh Vien Nhi Dong Thanh Pho, Sinar Harian


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!