Inspirasi Isu Semasa Viral

Masih Berbaju Pengantin, Suami Isteri Doktor Sanggup Bantu Orang Terbabit Nahas

Masih Berbaju Pengantin, Suami Isteri Doktor Sanggup Bantu Orang Terbabit Nahas

Sharing is caring!

Umum mengetahui, tugas sebagai seorang doktor adalah tugas yang sangat sukar. Mereka akan sentiasa sibuk merawat orang ramai dan harus bersedia untuk sebarang on call pada bila-bila masa sahaja. Malahan, tanggungjawab mereka juga besar terutamanya dalam menyelamatkan nyawa seseorang. Sama seperti kisah yang berlaku di Thailand ini di mana sepasang pengantin doktor sanggup membantu mereka yang dalam kesusahan walaupun pada hari penting dalam hidup mereka.

BACA: [VIDEO] Kerja Tanpa Rehat, Doktor & Jururawat Di Wuhan Alami Gangguan Mental

Dalam perjalanan ke majlis resepsi

Merujuk kepada portal Newsflare, sepasang pengantin dikenali sebagai John dan Sarah telah bertindak untuk berhenti di tepi jalan bagi membantu seorang penunggang motorsikal yang terlibat dengan nahas jalan raya. Suami isteri itu dikatakan sedang dalam perjalanan ke majlis resepsi perkahwinan mereka sebelum menyaksikan kejadian tersebut berlaku.Masih Berbaju Pengantin, Suami Isteri Doktor Sanggup Bantu Orang Terbabit Nahas


Masih berbaju pengantin

Kedua-dua pengantin baru itu terus bergegas membantu penunggang motorsikal tersebut setelah memberhentikan kenderaan mereka. Malahan, mereka yang masih berbaju pengantin itu turut memastikan keadaan di sana terkawal dan sanggup menunggu pihak perubatan untuk tiba di tempat kejadian.Masih Berbaju Pengantin, Suami Isteri Doktor Sanggup Bantu Orang Terbabit Nahas

Merasa kagum melihat mereka

Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut mengucapkan terima kasih kerana membantu dan merasa kagum dengan kesungguhan kedua-dua doktor itu. Meskipun, pakaian sudah kotor dan terlambat untuk ke majlis resepsi, mereka berdua tetap berusaha untuk merawat penunggang itu.Masih Berbaju Pengantin, Suami Isteri Doktor Sanggup Bantu Orang Terbabit Nahas


Sumber: Portal Newsflare


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini