Isu Semasa Viral

Masih Bernyawa Lagi, China Berjaya Kesan Individu Pertama Dijangkiti COVID-19

Masih Bernyawa Lagi, China Berjaya Kesan Individu Pertama Dijangkiti COVID-19

Sharing is caring!

Penularan wabak COVID-19 yang memasuki gelombang kedua ternyata di tahap membimbangkan apabila beberapa negara telah mengisytiharkan darurat terutama di Eropah. Malah kerajaan Malaysia juga telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Wabak yang telah meragut ribuan nyawa itu menyebabkan orang ramai tertanya-tanya siapa individu pertama yang dijangkiti virus berkenaan.

BACA : Elakkan Kunjungi Tempat Ramai Orang, 6 Individu Positif COVID-19 Di Kg Baru


Masih Bernyawa Lagi, China Berjaya Kesan Individu Pertama Dijangkiti COVID-19
Gambar sekadar hiasan

Bermula November lepas

Memetik laporan The Guardian, kerajaan China berjaya mengesan individu pertama yang dijangkiti COVID-19 pada November tahun lalu. Individu terbabit merupakan seorang warga emas berusia 55 tahun dan berasal dari wilayah Hubei iaitu tempat bermulanya penyebaran koronavirus ini. Turut dilaporkan dalam masa sebulan, terdapat satu hingga lima jumlah kumulatif positif wabak berkenaan dicatatkan pada setiap hari. Sekurang-kurangnya seramai 266 individu terawal telah dikenal pasti positif COVID-19 seminggu sebelum pengumuman kemunculan virus tersebut.

Masih Bernyawa Lagi, China Berjaya Kesan Individu Pertama Dijangkiti COVID-19
Gambar sekadar hiasan

Ancam keselamatan petugas rawatan

Kerajaan China juga telah dikritik secara meluas atas percubaannya untuk tidak memaklumkan tentang penemuan virus tersebut dengan lebih awal. Malah para petugas rawatan yang cuba memaklumkan tentang penemuan itu kepada pihak media turut diancam keselamatan mereka. Setakat ini dilaporkan seramai lebih 170,000 jumlah kumulatif positif dengan angka kematian sebanyak lebih 4 ribu.


Masih Bernyawa Lagi, China Berjaya Kesan Individu Pertama Dijangkiti COVID-19
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Harian Metro & The Guardian


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Masih Bernyawa Lagi, China Berjaya Kesan Individu Pertama Dijangkiti COVID-19

Sharing is caring!