Tips

Masih Elok Lepas Dah 3 Minggu, Wanita Kongsi Petua/Tips Simpan Barang Dapur

Sharing is caring!

Tak dinafikan stok barang ‘basah’ seperti sayur serta buah-buahan paling senang untuk expired atau membusuk jika tidak disimpan dengan rapi. Keadaan itu sekali gus membuatkan golongan ‘mak-mak’ jadi runsing kerana terpaksa keluar membeli barang segar setiap hari. Bagaimanapun, dilema itu mungkin boleh diatasi menerusi beberapa petua khas oleh seorang wanita baru-baru ini. 

BACA: Terjumpa Pusaka Dalam Peti Ais Lepas 20 Tahun, Netizen Pula Beri Reaksi Lawak

Cuba simpan ikut petua di Facebook

Menerusi posting oleh saudari Sue Anna di laman Twitter, dia telah berkongsi pengalaman dirinya berdasarkan petua yang dipelajari di Internet. Ternyata tips yang telah diberikan berhasil kerana cili yang disimpan olehnya kelihatan masih segar meskipun sudah memasuki tempoh lebih 3 minggu. Langkah ini bukan sahaja mudah untuk dilakukan malah menurutnya dapat mengelakkan daripada pembaziran barang dapur.  

Masih Elok Lepas Dah 3 Minggu, Wanita Kongsi Petua/Tips Simpan Barang Dapur

Masih Elok Lepas Dah 3 Minggu, Wanita Kongsi Petua/Tips Simpan Barang Dapur

Masih Elok Lepas Dah 3 Minggu, Wanita Kongsi Petua/Tips Simpan Barang Dapur

Masih Elok Lepas Dah 3 Minggu, Wanita Kongsi Petua/Tips Simpan Barang Dapur

Cuci bersih dan rendam dalam air

Manakala cara untuk menyimpan halia pula berbeza dengan cili kerana perlu dicuci terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas yang bertutup. Kata wanita ini, untuk sayuran berakar seperti daun bawang pula perlu direndam di dalam botol air dan disimpan dalam peti sejuk. Namun, ia mudah untuk layu dan tidak tahan lama seperti sayuran lain. 

Masih Elok Lepas Dah 3 Minggu, Wanita Kongsi Petua/Tips Simpan Barang Dapur

Masih Elok Lepas Dah 3 Minggu, Wanita Kongsi Petua/Tips Simpan Barang Dapur

Masih Elok Lepas Dah 3 Minggu, Wanita Kongsi Petua/Tips Simpan Barang Dapur

Masih Elok Lepas Dah 3 Minggu, Wanita Kongsi Petua/Tips Simpan Barang Dapur
Gambar sekadar hiasan

Masak mana yang cepat rosak dulu

Bagi kategori barangan dapur yang kering seperti bawang dan kentang pula, tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Hanya cuma pastikan ia diletak di kawasan yang kering sahaja. Tambah Sue Anna lagi, dia turut berpesan kepada orang ramai supaya membeli sayur ikut keperluan dan jangan berlebihan. Malahan, sayur yang cepat layu haruslah diutamakan untuk dimasak terlebih dahulu agar tidak terbuang begitu sahaja.

Masih Elok Lepas Dah 3 Minggu, Wanita Kongsi Petua/Tips Simpan Barang Dapur

Masih Elok Lepas Dah 3 Minggu, Wanita Kongsi Petua/Tips Simpan Barang Dapur

Sumber: Twitter anasulianna

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura