Family Inspirasi Viral

Masih Mampu Tersenyum, Kanak-Kanak Perempuan Kuat Jalani Operation Di Kepala

Masih Mampu Tersenyum, Kanak-Kanak Perempuan Kuat Jalani Operation Di Kepala

Sharing is caring!

Tak dinafikan bahawa zaman kanak-kanak merupakan antara detik terindah dalam hidup seseorang. Selain dapat bermain dan berseronok dengan rakan-rakan sebaya, golongan ini juga masih perlu menimba ilmu bagi mengenali dunia sekitar mereka. Namun tidak semua orang dapat memiliki semua nikmat itu, termasuklah anak kecil ini yang terpaksa mengharungi detik sukar pada usia muda apabila bentuk kepalanya berbeza daripada kanak-kanak normal yang lain.

BACA: “Ni Ke Anak Lan Yang Sumbing Tu”-Isteri Lan Solo Luah Rasa Terkilan Mulut Orang

Masih Mampu Tersenyum, Kanak-Kanak Perempuan Kuat Jalani Operation Di Kepala Masih Mampu Tersenyum, Kanak-Kanak Perempuan Kuat Jalani Operation Di Kepala

Baru selesai menjalani operation

Seorang pengguna Twitter, @dauscactus telah berkongsi sebuah video yang memaparkan dia bersama adiknya di sebuah pusat perubatan. Dia memberitahu di posting miliknya itu bahawa kanak-kanak perempuan tersebut telah menjalani operation pada minggu lepas. Perkongsian tersebut berjaya meraih lebih 2 ribu retweets setakat ini.


Masih Mampu Tersenyum, Kanak-Kanak Perempuan Kuat Jalani Operation Di Kepala

Sudah boleh berjalan & berlari

Menurutnya, adik perempuannya yang lebih mesra dipanggil adik Teha itu menjalani operation untuk membetulkan kedudukan otak dan juga tempurung kepala. Dia berkata, adiknya kini sudah boleh berjalan dan berlari seperti biasa. Selain itu, abang kepada kanak-kanak ini turut berkongsi beberapa video dan gambar di posting tersebut.

Comelnya, semoga sihat selalu dik

Pemuda ini meminta orang ramai untuk mendoakan agar anak kecil itu dapat hidup sihat seperti kanak-kanak lain. Rata-rata netizen berharap agar adik Teha ini cepat sembuh dan ada juga yang memberitahu di ruangan komen bahawa kanak-kanak itu sungguh comel.


Masih Mampu Tersenyum, Kanak-Kanak Perempuan Kuat Jalani Operation Di Kepala Masih Mampu Tersenyum, Kanak-Kanak Perempuan Kuat Jalani Operation Di Kepala Masih Mampu Tersenyum, Kanak-Kanak Perempuan Kuat Jalani Operation Di Kepala

Sumber: Twitter dauscactus


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Masih Mampu Tersenyum, Kanak-Kanak Perempuan Kuat Jalani Operation Di Kepala

Sharing is caring!