Isu Semasa

Masih Ramai Yang Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, ATM Dikerahkan Mulai Ahad

Masih Ramai Yang Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, ATM Dikerahkan Mulai Ahad

Sharing is caring!

Meskipun arahan untuk kekal di kediaman masing-masing telah dikeluarkan melalui pelbagai platform, namun masih ada segelintir masyarakat yang ingkar dengan perintah tersebut. Malah jika dapat dilihat semalam, mereka sempat beriadah di taman permainan mahupun bersembang kosong di warung-warung makan tanpa rasa bersalah.

BACA: Jika Masih Berdegil, Pasukan Tentera Mungkin Dikerah Kawal Rakyat

Masih Ramai Yang Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, ATM Dikerahkan Mulai Ahad
Kredit foto: Bernama

ATM mula dikerahkan Ahad ini

Disebabkan sikap masyarakat yang tidak memberi kompromi kepada anggota polis, Kementerian Pertahanan Malaysia melalui sidang medianya sebentar tadi telah membuat keputusan mengerahkan Angkatan Tentera Malaysia untuk membantu dalam pemantauan bersama bermula hari Ahad. Langkah ini dibuat bagi memastikan pematuhan rakyat terhadap arahan untuk sentiasa berada di rumah.


Masih Ramai Yang Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, ATM Dikerahkan Mulai Ahad
Gambar sekadar hiasan

Kekal di kampung.. jangan lakukan pembelian panic

Melalui sidang media tersebut, rakyat juga dinasihatkan supaya tidak panik untuk melakukan pembelian secara terburu-buru. Bahkan buat keluarga yang sudah berada di kampung kediaman, mereka turut diminta untuk kekal di sana bersama keluarga sehingga tempoh kawalan ini tamat. Hal ini dilakukan bagi membendung penyebaran wabak ke kawasan lain.

Masih Ramai Yang Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, ATM Dikerahkan Mulai Ahad
Kredit foto: Malaysian Defence
Masih Ramai Yang Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, ATM Dikerahkan Mulai Ahad
Gambar sekadar hiasan

Hentikan penyebaran berita palsu

Semalam, beberapa hebahan maklumat tidak tepat dan penularan video mengenai atur gerak aset-aset anggota tersebar melalui aplikasi media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan dan panik di kalangan masyarakat. Penularan berita palsu itu telah disahkan oleh Panglima Angkatan Tentera melalui kenyataan media yang dikeluarkan. Beliau juga berharap supaya rakyat tidak mudah terpedaya dengan berita yang tidak tepat selagi tiada kenyataan rasmi daripada pihak berwajib.


Masih Ramai Yang Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, ATM Dikerahkan Mulai Ahad
Kredit foto: ATM
Masih Ramai Yang Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, ATM Dikerahkan Mulai Ahad
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Facebook BernamaTV


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Masih Ramai Yang Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, ATM Dikerahkan Mulai Ahad

Sharing is caring!