Hiburan Family

Masih Tenang Isteri Tegur Lampu Minyak Dah Berkelip, Suami Bertukar Cuak Bila..

Masih Tenang Isteri Tegur Lampu Minyak Dah Berkelip, Suami Bertukar Cuak Bila..

Orang lelaki dengan sikap tenang sememangnya tidak dapat dipisahkan. Situasi ini dapat disaksikan terutamanya dalam ragam kehidupan sesebuah rumah tangga. Kebiasaannya taktala si isteri mula resah dengan sesuatu perkara tidak diingini bakal terjadi, golongan ini pula masih boleh santai dan tidak bersikap melulu sama seperti kisah di bawah.

BACA: Isteri Ikut Pergi Kerja Makan Dalam Kereta Je, Cara Suami Jawab Kecaman Dipuji

Tegur suami tank minyak dah berkelip…Tak gelabah katanya dengan harapan sempat sampai stesen minyak

Sebuah video tular di TikTok apabila pemilik akaun @Liyanaonley memuat naik video suaminya ketika sedang memandu. Semasa dalam perjalanan semalam, dia mendapati meter minyak petrol kereta yang dinaiki sudah mula berkelip. Walaupun sudah ditegur si isteri, lelaki berkenaan tidak hairan sama sekali kerana beranggapan akan sempat sampai ke stesen minyak.

Masih Tenang Isteri Tegur Lampu Minyak Dah Berkelip, Suami Bertukar Cuak Bila..


Masih Tenang Isteri Tegur Lampu Minyak Dah Berkelip, Suami Bertukar Cuak Bila..

Dah jumpa, tapi tutup guys…Berzikir terus ya bang, tambah jammed pula

Selepas beberapa ketika, mereka akhirnya tiba di sebuah pam minyak namun tidak menyangka lokasi berkenaan tidak beroperasi. Pada ketika itu, barulah rasa gelabah suami Puan Liyana jelas dilihat apabila dia tidak berhenti berzikir sepanjang pemanduannya dengan harapan kereta terus hidup. Nasib tak menyebelahi pasangan ini kerana tidak lama selepas itu, mereka berdepan pula dengan kesesakan lalu lintas.

@liyanaonley

Kisah semalam.😂 Cuak tak korang? #fyp #tiktoklearn

♬ the psycho intro gone wrong ㅠㅠ – Arielle

Kami warga lelaki ni relax sebab tahu kat depan ada pam minyak…Tapi kalau tutup auto tak relax terus bawa slow

Sejak dikongsikan 5 jam lalu, video ini telah meraih hampir 40 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata tidak menafikan alami perkara tersebut. Ada juga individu yang sentiasa memastikan minyak dan baki Touch n Go di dalam kadnya mencukupi sebelum memulakan perjalanan.

Masih Tenang Isteri Tegur Lampu Minyak Dah Berkelip, Suami Bertukar Cuak Bila..


Masih Tenang Isteri Tegur Lampu Minyak Dah Berkelip, Suami Bertukar Cuak Bila..

Masih Tenang Isteri Tegur Lampu Minyak Dah Berkelip, Suami Bertukar Cuak Bila..

Masih Tenang Isteri Tegur Lampu Minyak Dah Berkelip, Suami Bertukar Cuak Bila..

Masih Tenang Isteri Tegur Lampu Minyak Dah Berkelip, Suami Bertukar Cuak Bila..


Kredit: TikTok liyanaonley

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Masih Tenang Isteri Tegur Lampu Minyak Dah Berkelip, Suami Bertukar Cuak Bila..

Facebook

Telegram