“Masuk Je Tandas Dekat Exit Tol, Ada Budak Main Rambut Depan Cermin. Rupanya..”

Tandas di R&R atau Exit Tol sangat popular di kalangan mereka yang sering menggunakan lebuhraya untuk pergi ke destinasi masing-masing. Kedua-dua lokasi ini juga akan serta merta menjadi sesak apabila tiba hari perayaan. Namun apabila pada hari biasa, dua lokasi ini sangat sunyi dan jarang untuk dimasuki oleh sesiapa. Mungkin kerana itu lah banyak kisah seram yang melibatkan lokasi-lokasi tersebut.

BACA: “Kasihan..” – Ustazah Hilang, Mentua Kongsi Kisah Sebalik Isu Berulang 200 KM

Gambar sekadar hiasan

Masuk tandas, terkejut nampak budak main rambut depan cermin!

Sama seperti kejadian yang berlaku kepada A’isy Rnf apabila dia kongsikan satu kejadian aneh yang berlaku kepada dia dan keluarganya baru-baru ini. Difahamkan kejadian tersebut berlaku di salah satu Exit Tol Pantai-Timur lingkungan jam 4.30 petang. Pada waktu itu dia terpaksa untuk menggunakan tandas yang ada di situ walaupun dia tahu suasana ketika itu agak sunyi.

Ayra menangis tanpa henti sejak daripada tu. Bawa jumpa Ustaz rupanya dia…

Malangnya perkara pelik itu tidak cuma terhenti setakat di situ sahaja. Menurut ibu kepada 2 orang anak ini lagi, kejadian lain pula telah menimpa anaknya yang bernama Ayra sepanjang perjalanan mereka untuk pulang ke rumah sehinggalah keesokkan harinya juga.

Siapa sangka rupanya yang mengganggu anak kecil itu adalah penunggu di kawasan ‘keras’ tersebut. Siap boleh menyerupai manusia lagi! Tambah wanita itu lagi,  dia berharap agar pengalaman  terjumpa dengan budak berambut tocang secara tiba-tiba itu boleh jadi pengajaran buat orang lain. Yang paling penting, jangan senyum atau pun tegur jika anda ada ternampak kelibat budak seperti dalam kisah ini. Jika tidak, anda mungkin menjadi target seterusnya!

Sumber: FB A’isy Rnf

Apa Komen Anda?