“Masuk Set Research Dulu” – Tersilap Sebut Lagu, Neelofa Kena Bahan Oleh Raihan

Selepas muncul dengan single comeback lagu ‘Sesungguhnya’ bersama Alif Satar sewaktu pertengahan bulan Ramadhan yang lalu, kumpulan nasyid Raihan kini menjadi perhatian ramai. Terbaru, mereka juga telah diundang ke rancangan temubual sensasi yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa iaitu MeleTOP, untuk berkongsi dengan peminat tentang perkembangan dalam bidang seni serta pengalaman bekerja bersama Alif.

BACA: “Praktis Pakai Kapan Ke?” – Dah Macam ‘The Nun’, Fesyen Neelofa Dikritik Lagi

Namun apa yang mencuri tumpuan ramai sewaktu sesi tersebut adalah sewaktu Neelofa tersalah nyatakan tajuk lagu yang pernah dibawa oleh Raihan. Lagu yang bertajuk ‘Sepohon Kayu’ sebenarnya dinyanyikan oleh kumpulan nasyid lain, iaitu Saujana.

Gara-gara perkara itu, dia seringkali ‘dibahan’ oleh Nabil dan ahli kumpulan Raihan sendiri di hujung sesi temubual tersebut. 

“Sepohon Kayu bukan lagu Raihan..” (minit 3:15, 4:38 & 7:10)

Menerusi ruangan komen pula, ada sesetengah netizen mempertikai sikap Neelofa atas kesilapan tersebut.

Main langgar je…masuk set research la dulu

Nampak sangat tak buat kajian…konklusinya meluat dengan Lofa

Tolong invite penyanyi asal Sepohon Kayu kat MeleTOP

Pun begitu, ada juga netizen yang menganggap perkara itu sebagai kesalahan kecil sahaja. Malah ada juga yang menyangka dahulu lagu itu dinyanyikan oleh Raihan.

Neelofa tak sengaja sebab teruja tu…

Takpa Lofa…aku pun ingat Sepohon Kayu dari Raihan

Sumber: YouTube MeleTOP 

Apa Komen Anda?