Viral

“MasyaAllah Comel” – Netizen Terkesima Lihat Wajah Melepak Anak Ardell & Nadzmi

“MasyaAllah Comel” – Netizen Terkesima Lihat Wajah Melepak Anak Ardell & Nadzmi

Sharing is caring!

Sejak mendirikan rumah tangga awal September lalu, apa sahaja yang dikongsikan oleh couple selebriti Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa di laman sosial sering kali mencuri perhatian netizen. Mana taknya, mereka dilabel sebagai suami isteri yang sweet dan comel.

BACA :ย Disangka Kena Keracunan Makanan, Ardell Kongsi Moment Disahkan Mengandung


My precious baby girl lahir Jumaat.. Umur dah masuk 7 hari

Selepas genap seminggu dilahirkan, akhirnya wajah dan jantina cahaya mata sulung pelakon Ardell Aryana dan Nadzmi Adwa didedahkan. Menerusi laman Instagram, Nadzmi berkongsi keterujaannya dengan memuat naik sebuah video memaparkan wajah puteri kesayangan mereka untuk tatapan umum.

“MasyaAllah Comel” – Netizen Terkesima Lihat Wajah Melepak Anak Ardell & Nadzmi

Terima kasih Allah atas kurniaan Mu ini..

Dalam posting yang sama, pelakon drama ‘Mencari Qiblat’ itu meluahkan rasa syukur atas kelahiran anak pertamanya. Malah dia turut menyifatkan bahawa ia sebagai satu detik paling indah serta menggembirakan buat dirinya dan isteri. Menjengah ke IG Ardell pula, dia tidak ketinggalan mendedahkan nama puteri sulungnya yang lahir pada 5 Jun lalu iaitu Arwa Malaikha Urwa.


View this post on Instagram

Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga kami yang tak tido tak lekang dengan mendoakan kami ๐Ÿ˜˜Terima kasih atas doa baik baik dari kalian semua. Isteri saya telah selamat melahirkan @babyadhwardell secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini , 5 June 2020 , Pukul 2.22.22s pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 Jam. Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih , Sayu , Gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri. Terima kasih Dr Khamsiah Muda @andorrahospitalofficial โค๏ธ kerana sama sama berjuang dengan @ardellaryana Sekali lagi terima kasih atas doa kalian semua.

A post shared by ู†ุงุฐู…ูŠ ุงุฏู‡ูˆุง ู†ูˆุฑ ุงุฐู…ูŠ (@nadzmiadhwa) on

MasyaAllah, comelnya.. putih gebu

Dikongsi sejak beberapa jam lalu, klip video tersebut telah pun meraih lebih 300 ribu tontonan selain dihujani dengan pelbagai reaksi daripada peminat. Rata-rata mereka menzahirkan ucapan tahniah di atas kelahiran tersebut. Tidak terkecuali juga yang memuji kecomelan Arwa Malaikha yang putih melepak.

“MasyaAllah Comel” – Netizen Terkesima Lihat Wajah Melepak Anak Ardell & Nadzmi “MasyaAllah Comel” – Netizen Terkesima Lihat Wajah Melepak Anak Ardell & Nadzmi “MasyaAllah Comel” – Netizen Terkesima Lihat Wajah Melepak Anak Ardell & Nadzmi

Sumber : Instagram nadzmiadhwa, ardellaryana


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!