“Mekap Bukan Main Lawa, Tapi..” – Pemilik Kecewa Rumah Sewa Jadi Tongkang Pecah

Apabila seseorang individu telah bersetuju untuk menetap di rumah sewa, secara tidak langsung sudah menjadi tanggungjawabnya lah untuk menjaga keadaan rumah itu agar tidak terlalu terjejas serta menjaga kebersihan. Namun begitu, perkara itu nampaknya hanya tinggal ‘janji kosong’ apabila tuan rumah dari Terengganu ini meluahkan perasaan kesal selepas mendapati penyewa rumahnya telah ‘membaraikan’ rumah tersebut.

BACA: Gadis Sanggup Gadaikan Dara Gara-Gara Tak Mahu Cuci Pinggan Di Hari Raya..

Pada awalnya, dia menjelaskan terpaksa masuk ke rumah sewa yang dihuni oleh beberapa wanita untuk membetulkan paip yang rosak di dalam sebuah bilik air selepas mendapat aduan daripada mereka.

Air melimpah keluar…so abang terpaksa masuk bilik penyewa ni

Tapi alangkah terkejutnya tuan rumah ini saat terlihat suasana yang seperti ‘tongkang pecah’ dalam bilik berkenaan.

Katanya bersepah…tapi ni rumah sampah!

Dia seorang perempuan yang luar mekap lawa..tapi hakikatnya?

Kuah tumpah lantai, pad buang atas lantai je…boleh bayangkan tak macam mana? 

Perkongsian itu turut tular di platform media sosial lain dan rata-rata netizen turut kecewa serta pelik bagaimana ada orang boleh hidup dalam keadaan yang sebegini rupa.

Ajaibnya boleh pula dia hidup dalam keadaan macam tu.. Dahsyat!

Jerangkung mana duduk dalam ni Allah..

OMG pantyliner tu…jijiknya

Sumber: FB Cakna Besut,Terengganu (CBT) & Twitter AnnaSoeraya

Apa Komen Anda?