Melalak Waktu Agih Sumbangan Pada Homeless, Lelaki Ini Selar Sikap Penderma!

Isu gelandangan bukanlah lagi hal biasa di negara kita. Atas faktor kesempitan hidup, ia telah mendesak golongan ini untuk meneruskan hidup di jalanan. Dalam pada itu, ramai juga yang tampil memberikan sumbangan untuk meringankan bebanan gelandangan khususnya daripada segi pakaian terpakai, makanan dan juga keperluan mandi. Namun begitu, sikap sesetengah sukarelawan yang biadap terhadap golongan ini telah diselar oleh lelaki bernama Mohd Radzi Jamaluddin.

Baca : Tak Pernah Terfikir Guna Tu…Cabaran Bulanan Setiap Wanita Homeless, Sedih!

Datang rumah orang kena ada adab…bukan biadap

Walaupun para gelandangan menerima sedikit bantuan dari golongan penderma ini, itu tidak bermakna mereka harus dilayan dengan cara yang agak biadap. 

Ada juga pemberi sumbangan yang terpekik-pekik seolah-olah pengagihan sumbangan ini adalah suatu persaingan dengan satu kumpulan penderma lain.

Baju dilonggok atas jalan…Makanan diagih tanpa kawalan

Bukan sahaja kedengaran biadap, malahan laungan suara-suara tersebut turut mengganggu gelandangan lain yang mahu melelapkan mata.

Macam hilang akal pun ada…Bangga kalau jeritan lebih kuat

Kaki lima ‘bilik’ mereka…Perlu dikosongkan sebelum siang

Bukan itu saja, kuantiti bantuan yang terlalu banyak sehingga terbiar begitu saja juga menjadi pertikaian lelaki ini. Walhal, sumbangan harus diberikan mengikut keperluan gelandangan ini.

Cara agihan tak berhemah…Mereka berhak menolak bantuan

Kegilaan ini mesti dihentikan…Mereka pun manusia

Sumber : Facebook Mohd Radzi Jamaluddin

Apa Komen Anda?