Hiburan

Melatah Sampai Buat Raver, Syazwan Zulkifly Terkejut Member Nyaris Hentam Orang

Melatah Sampai Buat Raver, Syazwan Zulkifly Terkejut Member Nyaris Hentam Orang

Sharing is caring!

Sikap melatah boleh dikatakan sangat menghiburkan hati. Makin galak individu yang kuat latah ini diusik, makin menjadi-jadi gaya mereka. Tapi ada juga yang boleh melatah secara tiba-tiba andai saja mereka ini terkejut. Demikianlah situasi terjadi pada pelakon terkenal, Syazwan Zulkifly sewaktu dalam proses penggambaran sebuah drama.

BACA: Disakat Ketika Ambil Mood Menangis, Wan Sharmila Angin Dengan Usikan Syazwan

Syazwan terkejut motosikal Norman hentam kamera sampai melatah

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Instagram pelakon Norman Hakim, dia telah tersilap pulas minyak motosikal yang dinaiki dalam satu babak sewaktu sesi penggambaran. Gara-gara itu, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu tidak sengaja melatah kerana terkejut sehingga terangkat kedua-dua belah tangannya.


Melatah Sampai Buat Raver, Syazwan Zulkifly Terkejut Member Nyaris Hentam Orang

Nasib baik sempat brek sebelum tayar motosikal kena cermin kamera mahal

Mujurlah Norman sempat brek sebelum tayar motosikal yang dinaiki mengenai cermin kamera  dipegang kru penggambaran yang berharga hampir puluhan ribu itu. Selain Syazwan, kru terlibat pun turut sama terkejut hingga menjerit sewaktu melihat kejadian yang tak disangka-sangka itu.

Sorry tergelak. Tengok banyak kali pun tetap lawak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan video yang telah dimuat naik itu. Ramai yang mengulang tontonan untuk melihat aksi Syazwan melatah. Mereka juga turut lega apabila dimaklumkan tiada kerugian dan kecederaan dialami pada Norman Hakim dalam kejadian berkenaan.


Melatah Sampai Buat Raver, Syazwan Zulkifly Terkejut Member Nyaris Hentam Orang

Melatah Sampai Buat Raver, Syazwan Zulkifly Terkejut Member Nyaris Hentam Orang

Melatah Sampai Buat Raver, Syazwan Zulkifly Terkejut Member Nyaris Hentam Orang

Sumber: Instagram Norman Hakim 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini