Tatkala semakin menghampiri penghujung drama, namun watak Firdaus seringkali dikecam ramai peminat dek selalu tidak pedulikan perasaan Melur. Sebaliknya dia hanya lebih menuruti permintaan Walid dan Dee, padahal skandal itulah yang menjadi punca isterinya menderita dari segi emosi serta masalah kesihatan.
BACA : Hangat Drama ‘Melur Untuk Firdaus’, Netizen Indonesia Akui Mirip Sinetron 2019
@kongsi_cerita_ Pilihan yang salah.. #meluruntukfirdaus #lestarytv3 #fypシ #fypyoupage #episode22
Melur tak patut hadir dalam hidup abang…Melur takkan kacau hidup abang lagi
Dalam episod terdahulu, seisi keluarga cemas apabila Melur terpaksa dikejarkan untuk rawatan apabila tiba-tiba pengsan. Walaupun Firdaus turut risau melihatnya terlantar di atas katil, namun isterinya sudah tawar hati. Melur sendiri akui, mungkin dirinya tidak patut hadir dalam hidup lelaki tersebut kerana telah mengundang banyak masalah.
Hei Firdaus Iskandar Bin Haji Nasaruddin, tau tak menyesal itu di akhir….kalau di awal, namanya pendaftaran
Siapa sangka, perkembangan konflik yang sering dicetuskan oleh watak utama berkenaan turut membuatkan peminat Indonesia geram. Menerusi TikTok, Alsha Beela tampil menerusi 2 video menegur sikapnya yang tak hargai Melur sebagai isteri. Apa yang mencuit hati, gadis tersebut malah memanggil watak tersebut dengan nama penuhnya. Secara keseluruhan, ia telah meraih lebih 700 ribu tontonan setakat ini.
@alshabeela_ Kan nyesel kan lu kan FIRDAYUS🙄🙄 #meluruntukfirdaus #melur
@alshabeela_ Tolonglah Paham bang tadi kami nak serius karena ketawa jadi ngakak #meluruntukfirdaus
Dia sebut nama penuh tu macam cikgu disiplin marah…penatlah asyik menangkan Dee & Walid
Bukan sahaja dibanjiri komen terhibur rata-rata netizen, malah reaksi gadis Indonesia berkenaan turut mendapat perhatian pelakon asalnya iaitu Meerqeen. Selain setuju dengan pendapat yang disampaikan oleh Alsha, mereka turut berharap watak tersebut akhirnya mendapat pembalasan sewajarnya di hujung drama nanti.
Kredit : TikTok alshabeela_
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
