Mengaku Bersalah Halang PoIis & Cekik Staf Minyak, Zynakal Didenda RM2,800!

Semalam hangat dibincangkan di media sosial apabila seorang penyanyi lelaki ‘baru nak up‘ telah ditahan oleh pihak berkuasa. Menurut laporan berita sebelum ini, suspek yang juga merupakan komposer muda telah terlibat dalam satu insiden yang mana dia telah mencekik seorang pekerja sebuah stesen minyak di Ampang. Gara-gara perkara tersebut, nama artis lain seperti Haqiem Rusli dan Fareez Fauzi juga terpalit dalam spekulasi yang dibuat netizen.

BACA: [VIDEO] “Kuat Gila Tu” – Tak Tahan Gelak, Sampai 6 Kali Mira Filzah Lempang Zul

Rupanya pelaku adalah Zynakal!

Terbaru, portal Berita Harian mendedahkan bahawa pihak terbabit adalah penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Terbang’ iaitu Zynakal. Dia telah ditahan oleh seorang anggota poIis selepas kejadian tersebut dimaklumkan oleh pengurus stesen minyak itu sekitar 3 petang pada Rabu lalu.

Kena hukuman RM2,800 atas 2 kesalahan serius

Sebentar tadi, Mahkamah Majistret Ampang yang telah menjatuhkan denda yang berjumlah RM2,800 kepada Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli. Menurut sumber, dia telah didakwa kerana mencekik warga Bangladesh, Ahmad Mostak. Selain itu, dia juga telah menghalang seorang anggota poIis apabila dia tidak mahu menunjukkan butir pengenalannya bagi tujuan pemeriksaan.

Dalam perbicaraan tersebut, Zynakal telah dikenakan denda berjumlah RM800 gara-gara tindakannya terhadap staf stesen minyak tersebut. Manakala bagi pertuduhan menghalang penjawat awam melakukan tugas pula sebanyak RM2,000.

“Ini bukan gimik & dia sememangnya sedang dalam masalah besar” – Caprice

Meskipun dia ada memohon agar dikenakan hukuman lebih rendah atas alasan tidak mempunyai pendapatan tetap, namun Timbalan Pendakwa Raya menolak rayuan tersebut sebagai pengajaran kepada masyarakat. Terdahulu, artis rap Caprice turut pernah meluahkan di laman Instagram bahawa rakannya itu memang berkelakuan pelik sejak beberapa minggu yang lalu. Dia juga memohon maaf bagi pihak Zynakal kerana telah mencetuskan perbalahan dengan seorang pengarah muzik syarikat radio ERA FM. Tambahnya, Zynakal akan menjalani rawatan yang sudah lama dia patut dapatkan.

 

Sumber: BH Online & IG capriceofficial

Apa Komen Anda?