Family Viral

Mengaku Digoda Abang Ipar, Gadis Kecewa Kakak Tak Percaya-“Pernah Masuk Bilik”

Mengaku Digoda Abang Ipar, Gadis Kecewa Kakak Tak Percaya-“Pernah Masuk Bilik”

Sharing is caring!

Bagi seorang gadis yang tinggal bersama keluarga, pastinya mengetahui batas-batas perlu dijaga ketika tinggal sebumbung dengan adik atau abang ipar. Namun, lain pula kisah gadis yang dikongsi menerusi aplikasi di TikTok ini. Nadia telah mendedahkan perangai sebenar abang iparnya sehingga meretakkan hubungannya dengan kakak sendiri.


BACA: Ipar Bengang Ibu Asyik Backup Menantu, Sentap Lepas Dengar Alasan Yang Diberi

Gadis takut abang ipar pandang atas & bawah lepas selesai mandi…pernah cuba masuk bilik ketika tidur

Bukan sahaja gerak-geri sering diperhatikan selepas mandi, malahan lelaki tersebut pernah cuba memasuki ke biliknya tatkala sedang tidur. Masalah semakin berterusan apabila abang iparnya meluahkan perasaan suka dan meminta agar gadis itu tidak memberitahu sesiapa. Gara-gara tidak mahu diganggu, remaja perempuan berkenaan memberikan foto seorang jejaka menandakan bahawa dirinya telah memiliki boyfriend. Bermula dari kejadian itu juga, dia berkurung di dalam bilik dan hanya keluar jika kakak dan abang iparnya sudah pergi ke kerja.


@nadiaaaa0203

🥀#fyp

♬ you broke me first – audiopanda

Tak sempat nak mengadu pada kakak, abang ipar dah bertindak dulu

Gadis ini semakin berang apabila lelaki itu mula mengutuk ayahnya. Perbuatan tersebut dibalas dengan kata-kata kasar kerana tak sanggup melihat keluarganya dihina. Selain itu, Nadia mengugut untuk memberitahu kejadian tersebut kepada kakaknya namun terlambat. Hal ini kerana, abang iparnya bertindak lebih awal dengan menceritakan segala keburukannya. Sejurus itu, suami isteri berkenaan telah berpindah rumah dan kini dia hanya tinggal bersendirian.


@nadiaaaa0203

Maaf yaa aku gak langsung ngomong soalnya aku gak kuat,ditambah suara aku lagi serak,yg masi bilang ini cuma konten bisa kalian liat yaa makasi#fyp

♬ original sound – Nadia🥀 – Nadia🥀

Sumber: TikTok nadiaaaa0203

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!