Hiburan Viral

Mengalami Komplikasi Radang Otak, Penyanyi Glenn Fredly Hembus Nafas Terakhir

Mengalami Komplikasi Radang Otak, Penyanyi Glenn Fredly Hembus Nafas Terakhir

Sharing is caring!

Beberapa bulan lalu media hiburan Indonesia dikejutkan dengan pemergian pelakon Asharaf Sinclair. Sesungguhnya Tuhan itu sebaik-baik perancang, hari ini negara Republik itu telah menerima pengkhabaran duka mengenai ‘pemergian’ penyanyi popular Glenn Fredly.

BACA : Walaupun Beza 2 Negara, Ibu Ashraf Tak Putus Beri Semangat Buat Menantu

Mengalami Komplikasi Radang Otak, Penyanyi Glenn Fredly Hembus Nafas Terakhir


Mengalami komplikasi radang otak

Menurut portal Antara News, pemergian selebriti tersebut disahkan oleh sahabat karibnya, Tompi. Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Kasih Putih’ itu menghembuskan nafas terakhir di pusat kesihatan Setia Mitra, Jakarta Selatan pada jam 6 petang waktu tempatan. Tompi juga meminta para peminat untuk memaafkan penyanyi tersebut atas segala silapnya. Mendiang dipercayai dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah mengalami komplikasi radang otak.

Mengalami Komplikasi Radang Otak, Penyanyi Glenn Fredly Hembus Nafas Terakhir

Menjadi fenomena dengan lagu ‘Januari’

Penyanyi berusia 44 tahun itu pernah menjadi fenomena di Malaysia beberapa tahun lalu dengan lagu ‘Januari’. Mendiang yang memulakan kerjaya sebagai anak seni secara professional pada tahun 1995 setelah memenangi sebuah pertandingan nyanyian. Selain menyanyi, bintang tersebut juga pernah membuat kemunculan di dalam filem ‘Tanda tanya’ selain menjadi penerbit filem ‘Cahaya Dari Timur: Beta Maluku’.


Mengalami Komplikasi Radang Otak, Penyanyi Glenn Fredly Hembus Nafas Terakhir

Baru sambut hari jadi isteri

Glenn pernah berkahwin dengan penyanyi dangdut Mutia Ayu dan dikurniakan seorang anak perempuan Februari lalu. Penyanyi tersebut dipercayai baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran isterinya beberapa hari lalu. Kenangan indah mereka itu telah diabadikan dalam laman Instagram miliknya dan menjengah ke ruangan komen, para peminat mendoakan agar Glenn tenang di sana.

Sumber : Antara News & Instagram Glenn Fredly


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Mengalami Komplikasi Radang Otak, Penyanyi Glenn Fredly Hembus Nafas Terakhir

Sharing is caring!