Mengapa Letak Minyak Dalam Makanan Bayi? Ikuti Tips Sihat Untuk Si Comel

Fasa peralihan untuk si kecil merasai makanan selalunya akan berubah apabila bayi sudah mencapai usia enam bulan. Untuk yang baru pertama kali bergelar ibu pasti tidak mempunyai pengalaman dalam penyediakan makan buat si comel. Pasti ramai antara ibu baru akan berdepan dengan soalan, perlu ke meletakkan minyak dalam makanan bayi kan? Ada beberapa perkara para ibu perlu diberi perhatian agar makanan si kecil sihat dan berkhasiat.

Baca : [FOTO] Comel Sejak Bayi, Kembar 3 Ini Digelar Daehan Minguk Manse Malaysia!

Gambar sekadar hiasan

Faham konsep minyak!

Mengapa minyak perlu ditambah dalam makanan harian kita. Jom kita fahamkan konsep minyak sebenarnya. Minyak berfungsi sebagai sumber lemak yang memberi kalori kepada yang perlu. Satu sudu kecil minyak memberi 45kcal berbanding dengan satu sudu kecil simple karbohidrat iaitu 20kcal.

Siapa yang perlu kan minyak?

Semua orang termasuklah si kecil perlu lemak tetapi yang paling penting dalam hal ini adalah kuantiti minyak yang digunakan. Jika pengambilan lemak yang banyak boleh membuatkan seseorang itu mempunyai berat badan dan kiraan kalori yang berlebihan.

Gambar sekadar hiasan

Rujuk buku Pink/Biru

Dalam buku Pink/Biru ada memberi sukatan untuk si kecil seperti yang berusia enam sehingga lapan bulan, penambahan minyak dalam makanan adalah sebanyak satu sudu kecil bersamaan dengan dua atau tiga titik sehari. Yang berusia sembilan sehingga 11 bulan pula, satu setengah sudu sahaja dalam makan harian.

Manakala untuk yang setahun ke atas, sudah cukup untuk makanan yang disediakan, tidak perlu tambah sumber minyak kerana telah cukup melalui masakan dan lauk biasa. Ini adalah salah satu cara untuk tambah berat si comel  dengan meletakkan minyak dalam makan harian mereka. 

Gambar sekadar hiasan

Tidak semestinya minyak

Penambahan kalori atau lemak pada bayi, tidak semestinya minyak sahaja. Boleh juga di tambah dalam bentuk, marjerin, susu, keju dan macam-macam lagi tapi jangan letak berlebihan.

Tugas para ibu adalah memastikan si comel mendapat makanan yang sihat dan seimbang seperti tiada gula, garam, perasa tambahan dan mengandungi gabungan karbohidrat, protein dan serat dalam setiap hidangan utama. Perkara paling penting yang perlu kanak2 rasai adalah seronok menjamah hidangan sihat masing-masing.

 

Sumber: Dietitian Fizah Sobri

Apa Komen Anda?