Malam tadi bertempat di Encore, Melaka, Festival Filem Malaysia (FFM32) telah berlangsung dengan penuh meriah dihadiri ramai jemputan. Seperti biasa, terdapat artis popular yang diberikan tugas secara berpasangan untuk mengumumkan pemenang bagi kategori-kategori tertentu.
BACA : “Hat Jantan Tak Main Peranan” – The Melvin Bahan Pawi & Syifa Asyik Berkepit
Love you lah...Sorry, kakak tetap buat hal masa atas stage kan
Tidak ketinggalan, Intan Ladyana dan juga Sharifah Shahora juga digandingkan bersama untuk menyampaikan Anugerah Poster Terbaik. Namun siapa sangka, berlaku perkara yang sedikit lucu di mana Sharifah Shahora telah mengelamun beberapa saat kerana menyangka nama pemenang akan muncul di skrin besar.
Dan pemenangnya adalah…Ehhh Ya Allah, kita ingat dia umum kat situ…Sorry
Baru tahu bahawa dia sendiri yang perlu membuka kad dan membuat pengumuman, situasi kekok itu bagaimanapun dikawal dengan begitu baik. Insiden yang tidak disengajakan ini sebenarnya menambahkan elemen lawak dalam acara berprestij berkenaan sehingga ramai penonton di sana yang tertawa.
@zalsmax Lawa intan ladyana pakai tudung ! #IntanLadyana #FFM32 #SharifahShahora
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Dah agak mesti viral punya…Salah pun comel…Sharifah Shahora mana pernah dia tak lucu
Melalui ruangan komen, penonton yang menyaksikan acara FFM32 di siaran TV2 malam tadi turut terhibur dengan kesilapan lucu aktres hebat itu. Tidak ketinggalan, ramai juga yang fokus kepada penampilan berhijab Intan Ladyana.
Kredit : IG Sharifah Shahora & TikTok Zal H
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
