Kesihatan Keibubapaan

Mengeluh Anak Suka Memanjat Sana Sini, Pakar Dedah Perangai Ini Ada Baiknya

Mengeluh Anak Suka Memanjat Sana Sini, Pakar Dedah Perangai Ini Ada Baiknya

Jiwa anak kecil selalunya penuh dengan sifat ingin tahu. Oleh itu, para ibu bapa haruslah memberi peluang untuk mereka explore kebolehan sendiri. Perangai suka memanjat merupakan salah satu aspek yang mereka boleh pelajari dan seorang pakar tampil menjelaskan kebaikannya.

Baca : Nak Cari Kerja? Ikuti Tips Persiapan Yang Boleh Dibuat Sejak Zaman Belajar

Panjat sana sini sampai kadang-kadang ibu bapa pun malu


Menurut Doktor Abdul Rahim Nor, perangai suka memanjat memang digemari oleh si kecil. Sama ada di luar atau pun dalam rumah,  mereka pasti akan memanjat sehinggakan ada ibu bapa rasa malu dengan kerenah masing-masing.

Mengeluh Anak Suka Memanjat Sana Sini, Pakar Dedah Perangai Ini Ada Baiknya

Memanjat boleh aktifkan deria vestibular si kecil


Namun, aktiviti yang boleh dikatakan lasak bagi seorang kanak-kanak ini mempunyai banyak kebaikannya. Menurut pakar tersebut, perangai ini boleh membantu dalam perkembangan otak dan mengaktifkan deria vestibular iaitu daripada segi kesimbangan serta pergerakan. Oleh itu, aksi memanjat sebenarnya adalah normal dan sangat membantu dalam tumbesaran mereka.

Mengeluh Anak Suka Memanjat Sana Sini, Pakar Dedah Perangai Ini Ada Baiknya

Mengeluh Anak Suka Memanjat Sana Sini, Pakar Dedah Perangai Ini Ada Baiknya
Gambar Sekadar Hiasan

Tak perlu halang, tapi mesti berjaga-jaga 


Oleh itu, ibu bapa digalakkan untuk tidak menghalang anak daripada melakukan aktiviti memanjat ini. Mereka bukannya nakal atau hiperaktif tetapi itu merupakan sebahagian daripada proses untuk mereka belajar dan membesar. Akan tetapi, doktor ini mengingatkan bahawa parents haruslah berjaga-jaga bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Mengeluh Anak Suka Memanjat Sana Sini, Pakar Dedah Perangai Ini Ada Baiknya

Mengeluh Anak Suka Memanjat Sana Sini, Pakar Dedah Perangai Ini Ada Baiknya
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Facebook Doc Abdul Rahim Nor

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Mengeluh Anak Suka Memanjat Sana Sini, Pakar Dedah Perangai Ini Ada Baiknya

Facebook

Telegram