Viral Hiburan Kehidupan

Mengeluh Belanja Barang Habis RM200, Isteri ‘Tenyeh’ Pampers Anak Ke Muka Suami

Mengeluh Belanja Barang Habis RM200, Isteri ‘Tenyeh’ Pampers Anak Ke Muka Suami

Dengan peningkatan harga barang saban hari, wang belanja setiap isi rumah juga semakin besar nilainya tambah lagi yang sedang membesarkan anak-anak kecil. Sudah tentu, golongan suami menjadi pihak yang paling ‘pening kepala’ dan terkadang menganggap isteri mereka berbelanja secara boros. Hakikatnya, apa saja yang boleh dibeli dengan duit tak seberapa di zaman kini?

BACA : Saya Suka Awak Suami Orang Terciduk Wartawan TV3 Bagi Pickupline Masa Live

Belanja tadi habis berapa? Aihhhh belanja segitu je apa yang kau beli?

Persis situasi dalam video TikTok ATATA di bawah, seorang suami mula mempersoalkan tindakan isterinya yang habis berbelanja sekitar RM200. Melihat semula resit yang diserahkan, dia seakan-akan tidak percaya selain mula membebel dengan nada mengeluh.


Mengeluh Belanja Barang Habis RM200, Isteri ‘Tenyeh’ Pampers Anak Ke Muka Suami

Pampers, susu, gula…Kau je yang pergi belanja biar kau tahu harganya

Namun tidak lama kemudian, isterinya terus mengambil bungkusan barang dan menghalakan pada sisi wajah lelaki ini. Bukan membeli barang bukan-bukan, sebaliknya ia merupakan belanja keperluan harian termasuklah dengan pampers anak dan juga bekalan makanan di rumah. Sesudah ‘disekolahkan’, si suami terus terdiam dan enggan lagi melawan kata-kata wanita berkenaan yang sedang bad mood di tempat duduk belakang.

@ataata0102

bila sibunda marah,aku lebih baik mengalah,

♬ suara asli – ATAATA – ATAATA

Sis ni mewakili mak-mak yang pening nak atur duit belanja

Melalui ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan gelagat si suami yang tidak ubah seperti ‘mengejut harimau sedang tidur’. Dalam sudut lain, mereka turut berpendapat isu jumlah belanja bulanan merupakan hal yang tidak patut dipertikaikan.


Mengeluh Belanja Barang Habis RM200, Isteri ‘Tenyeh’ Pampers Anak Ke Muka Suami

Mengeluh Belanja Barang Habis RM200, Isteri ‘Tenyeh’ Pampers Anak Ke Muka Suami

Mengeluh Belanja Barang Habis RM200, Isteri ‘Tenyeh’ Pampers Anak Ke Muka Suami


Kredit : TikTok ATAATA

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Mengeluh Belanja Barang Habis RM200, Isteri ‘Tenyeh’ Pampers Anak Ke Muka Suami

Facebook

Telegram