Mengeluh Pasal Isteri, Nasihat Pemuda Ini Ubah Persepsi Tentang Tugas Suami

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah bidalan yang sering kita dengar dalam hubungan perkahwinan. Jika sudah mengambil keputusan untuk hidup bersama maka ujian susah senang ini perlu diterima. Namun begitu, tular di twitter baru-baru ini apabila seorang pemuda memuat naik thread nasihat kepada anak muda ini yang mengeluh tentang ketidaksempurnaan isteri di rumah. Ternyata respon balas pemuda ini benar-benar makan dalam.

Baca : Kahwin Nanti Duit Suami Jadi Duit Isteri Juga, Kenapa Perlu Ada Hantaran?

Kahwin tak sampai dua tahun lagi

Pemuda ini berkata suami yang berkongsi nasib itu baru sahaja dua tahun berkahwin tetapi sudah mengadu isteri tak pandai mengemas rumah, rumah selalu bersepah dan tidak menepati citarasa dia sebagai seorang yang pembersih. Namun, persoalan balik pemuda ini kepada lelaki tersebut membuka cerita.  

Apa pangkat kau dalam perkahwinan?

Soalan ringkas yang sering kita dengar ini telah diajukan kepada lelaki berkenaan tetapi menariknya adalah jawapan pemuda berkenaan yang menjadi plot twist dalam perbualan kedua-dua mereka. 

Suami sebagai pemimpin

Sebagai pemimpin yang mempelopori takhta perkahwinan, pemuda itu mesti menjadi teladan terlebih dahulu. Jangan asyik menyerahkan segala tugas mengemas rumah kepada isteri sebaliknya cuba membantu. Menjadi pemimpin bukanlah satu tugas yang mudah, suami perlu tunjukkan diri itu berkualiti. 

Mengakhiri thread, pemuda ini juga memberitahu supaya suami perlu mendahului setiap perbuatan yang baik sesuai dengan keinginannya. Kerja mengemas rumah itu akan menjadi lebih seronok jika dilakukan bersama isteri. Tambahnya, kebahagiaan juga datang daripada pelbagai punca dan ini merupakan salah satunya. Janganlah kita sebagai suami terlalu mementingkan diri dan melenting jika isteri gagal menjadi yang terbaik. Dia juga percaya jika suami memainkan peranan yang baik sebagai pemimpin, isteri akan turut sedar dan cuba memperbaiki diri. Ternyata, apa yang diperkatakan lelaki ini boleh dijadikan teladan buat si suami di luar sana. 

Sumber: kukhayal29

Apa Komen Anda?