[VIDEO] Menggigil Saat Disarung Cincin, Nasihat Bakal Mertua Wanita Ini Win!

Setiap orang pasti merasa gementar sama ada melalui fasa bertunang ataupun akad nikah. Walaupun pelbagai persediaan telah dilakukan, rasa ‘tidak senang duduk’ itu tetap dirasai secara kerana berdebar untuk disatukan dengan insan tersayang. Itulah yang dirasai oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Syuhaila Rahmat menerusi sebuah paparan video yang tular semasa di majlis pertunangannya baru-baru ini.

BACA: [FOTO] Rupa Bukan Ukuran, Ain Edruce Kini Selamat Bertunang Dengan Amirul!

Menurutnya, dia berasa sangat nervous saat disarungkan cincin pertunangan kerana diperhatikan oleh seisi keluarga kedua-dua belah pihak. Namun pesanan yang dititipkan oleh bakal ibu mertuanya dengan nada yang cukup lembut telah mendapat perhatian ramai.

Tangan menggigil teruk…dengarlah apa bakal umi mertua cakap

Terdahulu, dia juga meluahkan perasaan yang sangat terkejut kerana hanya dimaklumkan seminggu sahaja tentang pertunangan ini, apabila bapanya sendiri setuju menerima hajat tersebut. Namun majlis itu akhirnya berjaya berjalan lancar dan Syuhaila turut bersyukur kerana diperoleh bakal mertua yang cukup penyayang.

Seminggu buat preparation kelam kabut gila…semua terkejut

“Umi tak sabar nak dapat anak perempuan baru”

Rata-rata netizen turut memuji sifat lemah-lembut yang terdapat dalam paparan video itu.

Dengar dia cakap, rasa lega walaupun bukan aku yang kahwin

Cute gila moment ni!

Sekali dengar dah boleh nampak bakal mertua ni lembut orangnya..

Sumber: IG syuhailarahmat & Twitter Nsyuhailarahmat

Apa Komen Anda?