Viral

Menyamar Jadi Perempuan Nak Duit Raya Double, Lelaki Bertudung Kena Hempuk Kuat

Menyamar Jadi Perempuan Nak Duit Raya Double, Lelaki Bertudung Kena Hempuk Kuat

Untuk memeriahkan lagi suasana raya, ada kelompok masyarakat yang akan mengadakan hari keluarga sekali gus dapat berkumpul dari anak-anak sampailah ke cucu cicit. Dalam ramai-ramai, pasti ada jenis ‘kepala gila’ dan sebenarnya mereka inilah yang akan membuatkan perjumpaan itu menjadi kecoh.

BACA : Moyang Dah Siap Masak Nasi, Anak-Anak Beraya Rumah Saudara Kemudian Balik Awal

Harap bawa ke mimpi malam ni

Dalam video yang tular menerusi perkongsian Naeim Syafiq ini pula, ia memaparkan situasi riuh ketika sesi pemberian duit raya kepada sanak saudara. Tanpa mengira usia, mereka semua mula beratur untuk menerima wang berkenaan yang diberikan oleh sepasang suami isteri.

@naeimsyafiq

Balas kepada @mustaqim.08 nahh , harap bawak ke mimpi malam ni 😆 • #fypdongggggggg #FYP #salamaidilfitri #raya

♬ Raya Raya Raya – DOLLA

Cubaan nak dapat duit raya double

Namun liciknya, seorang lelaki bersamping nampaknya cuba membuat penyamaran sebagai wanita untuk tujuan mendapat duit raya kali kedua. Dalam keadaan bertudung, dia menyelinap dalam barisan dan terus bersalaman dengan si pemberi wang. Akan tetapi, agendanya dihidu lantas dihempuk kuat sebelum ketawa terbahak-bahak.


@naeimsyafiq

Cobaan nak dapat duit raya double 😂 • #fypdongggggggg #salamaidilfitri #FYP #raya

♬ Glitch Mode Raya Remix – Abe Moon – Abe Moon

Budak baju hijau tu dah risau takut dia pun kena…Baru bermaafan dah kena ketuk

Meraih lebih sejuta jumlah tontonan, ramai yang terhibur mendengar bunyi hempuk kuat daripada pak cik berbaju jingga itu. Tidak ketinggalan, ada juga yang tertanya sama ada si ‘pelaku’ meminta maaf sesama sendiri atau tidak selepas bergurau kasar sedemikian rupa.

Menyamar Jadi Perempuan Nak Duit Raya Double, Lelaki Bertudung Kena Hempuk Kuat


Menyamar Jadi Perempuan Nak Duit Raya Double, Lelaki Bertudung Kena Hempuk Kuat

Menyamar Jadi Perempuan Nak Duit Raya Double, Lelaki Bertudung Kena Hempuk Kuat


Kredit : TikTok naeim syafiq

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Menyamar Jadi Perempuan Nak Duit Raya Double, Lelaki Bertudung Kena Hempuk Kuat

Facebook

Telegram