“Menyesal Pun Tak Guna”- Bahana Diabetes, Muda-Muda Terus Dapat Masalah Mata

Setiap orang pasti mahu dikurniakan tubuh badan yang sihat serta kesihatan yang baik. Walau bagaimanapun, jika individu tersebut tidak menjaga pemakanan dengan betul seperti  sering menelan makanan yang berminyak mahupun terlebih manis, potensi untuk mendapat masalah kesihatan adalah sangat tinggi. Seperti seorang gadis ini yang sudah pun disahkan menghidap diabetes sejak usia 22 tahun lagi. 

BACA: Jangan Paksa Tubuh Bersukan Waktu Malam, Boleh Undang Masalah Jantung..

Malu nak mengaku muda-muda dah tak sihat

Akibat daripada masalah diabetes tersebut, kini dirinya mengalami masalah pada mata pula. Gara-gara tertinggal satu temu janji bersama doktor mata, dia nampaknya bersikap sambil lewa dengan tidak makan ubat. Tak cukup dengan itu, wanita ini mengabaikan pesanan jururawat walhal sudah berkali dihubungi untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan. 

Masih buat tak tahu sebab boleh jalan lagi

Namun selepas itu, satu demi satu ketidakselesaan timbul pada matanya. Mata gadis tersebut mula silau serta terdapat tompokan pada bebola. Meskipun itu,  dia masih berdegil dan tidak pergi bertemu doktor. Tetapi dia terpaksa juga mendapatkan nasihat pakar setelah ditegur doktor di sebuah optometrist tatkala hendak membuat kaca mata. 

Untuk pulih macam dulu dah tak boleh dah

Walaupun sudah berusaha mendapatkan rawatan, namun dia hampa selepas diberitahu keadaan matanya tidak akan kembali normal meakipun masih boleh disembuhkan. Semuanya berlaku gara-gara masalah kencing manis yang tidak terkawal. Bukan sahaja mata yang terkesan, malah buah pinggang juga terlibat sama. Bermula daripada satu masalah, ia merebak pula ke bahagian tubuh badan yang lain. 

Sumber: Facebook Syida

 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?