Kesihatan Viral

Berkesan Rawat Trauma & Emosi, K-Drama Ajar Teknik Bertenang ‘Butterfly Hug’

Berkesan Rawat Trauma & Emosi, K-Drama Ajar Teknik Bertenang ‘Butterfly Hug’

Sharing is caring!

Bagi peminat drama Korea, pasti kenal pelakon Kim Soo-hyun yang pernah memainkan watak makhluk asing  bernama Do Min-joon dalam ‘My Love From The Star‘. Baru-baru ini, drama lakonan terbarunya iaitu ‘It’s Okay To Not Be Okay’ mendapat pujian ramai kerana mengetengahkan isu psikologi.

BACA: Tragedi Bot Terbalik, Lelaki Meracau Bersalah Tak Dapat Selamatkan Kawan


Siap ajarkan cara untuk bertenang dengan teknik ‘Butterfly Hug’ ketika marah

Istimewanya drama ini, ia turut diselitkan satu teknik bertenang yang dinamakan sebagai ‘Butterfly Hug’. Kaedah berkenaan telah ditonjolkan semasa babak watak lakonan Kim Soo-Hyun ingin menenangkan teman wanitanya yang sedang marah dan mula mempunyai niat untuk mencederakan orang lain. Caranya senang saja, cuma perlu silangkan kedua-dua lengan atas dada. Kemudian, tepuk bahu sendiri perlahan-lahan hinggalah segala perasaan amarah hilang.

Berkesan Rawat Trauma & Emosi, K-Drama Ajar Teknik Bertenang ‘Butterfly Hug’

Berkesan Rawat Trauma & Emosi, K-Drama Ajar Teknik Bertenang ‘Butterfly Hug’

Berkesan Rawat Trauma & Emosi, K-Drama Ajar Teknik Bertenang ‘Butterfly Hug’


Pernah merawat trauma individu terselamat daripada ribut besar yang berlaku di Mexico

Cara tersebut dapat menghasilkan perasaan tenang dan dapat mengawal emosi yang kurang stabil jika diamalkan oleh seseorang. Teknik psikoterapi ini juga pernah diajarkan kepada orang yang terselamat daripada ribut Pauline di Mexico pada tahun 1998 dan dikatakan efektif merawat trauma. Teknik ‘Butterfly Hug‘ ini telah diperkenalkan oleh dua orang aktivis iaitu Lucina Artigas dan Ignacio Jarero.

Berkesan Rawat Trauma & Emosi, K-Drama Ajar Teknik Bertenang ‘Butterfly Hug’

Berkesan Rawat Trauma & Emosi, K-Drama Ajar Teknik Bertenang ‘Butterfly Hug’
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: FB Kakimuvee, Twitter kdrama freak, popmama.com


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!