Mesra Dengan Kawan Perempuan Walau Dah Tunang, Bila Tahu Sebabnya Geram Habis

Fasa pertunangan adalah fasa pengenalan serta persediaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan yang sebenar. Orang tua-tua juga ada berpesan, di waktu inilah kedua insan yang sedang dilamun cinta itu diuji dengan hebat terutamanya membabitkan kesetiaan. Itulah yang digambarkan oleh seorang gadis ini yang telah diganggu oleh seorang lelaki dipercayai sudah pun bertunang. 

BACA: Wanita Luah Sayu, Tunang Ajal Masa Dalam Perjalanan Nak Fitting Baju Pengantin

Tunang tak kisah layan perempuan lain

Advertisement

Menerusi perkongsian di laman Twitter, gadis tersebut telah memuat naik perbualannya bersama seorang pemuda menerusi ‘direct message‘. Lelaki tersebut memulakan perbualannya dengan berhati-hati untuk berkenalan sebelum ditegur oleh perempuan tersebut. Gadis tersebut yang sedia maklum dengan status lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk menasihatinya agar tidak berkelakuan seperti itu. Namun pemuda tersebut tetap bangga menyatakan bahawa tunangnya tidak ambil peduli jika dia ingin berkawan dengan wanita lain selagi belum berkahwin. 

Sebelum I kahwin, I nak spendtime dengan mana-mana kawan girl I 

Advertisement

Gambar Sekadar Hiasan

 

Gambar Sekadar Hiasan

Bila dah tersuka dia cakap takdir

Advertisement

Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut menimbulkan amarah netizen apabila mereka kesal dengan sikap lelaki itu yang seolah-olah tidak menghormati buah hatinya. Ramai dilihat menyifatkan tindakannya itu adalah sesuatu yang kurang bijak untuk dilakukan walaupun belum bergelar seorang suami. 

Sumber: Twitter Amina Nadzri 

Advertisement

Apa Komen Anda?