Berita netizen tular kerana mempunyai wajah yang sama dengan artis terkenal Malaysia adalah hal biasa. Pun begitu, seorang gadis comel bernama Layka Al Funsu baru-baru ini menjadi fenomena di TikTok menerusi beberapa video nyanyian yang cukup mempesona. Bukan sahaja mempunyai ‘pakej’ rupa paras yang lengkap, malahan vokalnya tak ubah seperti seorang penyanyi profesional.
BACA : Alahai Kacang Ketot Nyanyi Lagu Viral, Suara Lelaki Dipuji Mirip P. Ramlee
Gadis comel viral cover lagu Nirmala sambil duduk
Antara cover yang paling menarik perhatian adalah dendangan lagu TokTi bertajuk ‘Nirmala’. Dari awal nyanyian dimulakan, pendengar pastinya dapat merasai betapa lemak dan lunaknya bentuk suara Layka. Meskipun menyanyi dalam keadaan duduk dan sempat terbatuk, perkara itu langsung tidak menganggu pernafasannya termasuklah ketika menarik nada tinggi.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
@laykaalfans Ya maulai cover by layka al funsu #yamaulai #laykaalfunsu #fyp #fypシ #masukberanda #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #datositinurhaliza
Aku yang perempuan ni pun cair tengok dia…Dahlah cantik, suara sedap pulak tu
Melalui video selebihnya yang tular di TikTok, Layka ada juga menyanyikan lagu artis lain dengan genre berbeza-beza. Tidak sekadar hebat menyanyi irama Melayu, malahan dia fasih mendendangkan lagu-lagu bahasa asing misalnya Thailand dan Sunda.
@laykaalfans Runtah by layka al funsu #runtah #runtahdoelsumbang #laykaalfunsu #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #tiktokindonesia
@singamanjaaaaa #fyp #fypmalaysia🇲🇾tiktok #fypindonesia🇮🇩 #laykaalfunsu #laguthailand
https://www.tiktok.com/@_kacamataa_/video/7141787186961206554?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
@laykaalfans Teman by layka al funsu #teman #laykaalfunsu #fyp #fypシ #masukberanda #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #imantroye
@laykaalfans Esok masih ada by layka al funsu #esokmasihada #laykaalfunsu #fyp #fypシ #masukberanda #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #hannahdelisha
@laykaalfans Cinta by layka al funsu #cinta #laykaalfunsu #fyp #fypシ #masukberanda #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #marshamilanlondoh
Tolonglah masuk rancangan TV…Kalau tak tengok memang ingatkan TokTi tadi
Melalui ruangan komen, ramai netizen akui terpanah melihat kecantikan yang dimiliki oleh gadis berlesung pipit itu. Mereka juga memuji kemerduan suara Layka yang dikatakan mirip dengan vokal TokTi ketika zaman muda dahulu.
Kredit : TikTok BUKAN LAYKA, kaca mata,
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura