Pejam celik semalam rupanya sudah minggu terakhir bagi pertandingan realiti nyanyian ‘Big Stage 2022‘ yang menampilkan 5 peserta berentap merebut gelaran juara. Dengan gaya persembahan serta vokal yang cukup mantap, gadis manis Elica Paujin berjaya mengetepikan finalis lain dengan markah cukup tinggi dan seterusnya membawa pulang hadiah kemenangan RM100 ribu.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Fuh mendayu-dayu biarpun DSV miming
Seperti minggu-minggu yang sebelumnya, pentas ‘Big Stage‘ memang tidak lari daripada pelbagai kontroversi hangat. Semalam Dato’ Seri Vida yang bertugas selaku ‘Presiden Netizen’ turut tampil mendendangkan lagu terbaru miliknya berjudul ‘Ku Ikhlaskan’. Walau bagaimanapun, rata-rata hampa apabila usahawan tersebut hanya menyanyi secara ‘miming‘ sahaja.
@hafizjo Ikhlas ja la tgok org miming ni hahaha #bigstage2022
Terima kasih mak cik senduk…Wakil kami semua rakyat Malaysia
Tapi siapa sangka selepas itu, DSV tiba-tiba sahaja didatangi seorang mak cik yang membawa senduk sambil dimarahi cukup hebat. Jutawan berkenaan terus terkedu apabila disembur secara live oleh Kiah Propa. Rupa-rupanya ia hanyalah sebahagian dari gimik daripada stesen TV sebagai salah satu hiburan pada malam tersebut.
@ceooftwitter Terima Kasih makcik senduk. Wakil kami semua rakyat malaysia 😂 #fyp #bigstage #dsvgelak #padanmuka
Sweet je tengok Iqbal dan DSV
Di sebalik kemeriahan malam pentas akhir tersebut, rupa-rupanya bekas peserta rancangan berkenaan dilihat turut berada di bahagian penonton. Malah pemuda tersebut juga sempat dirakam berbual-bual dan mencuit DSV yang waktu itu sedang duduk di kerusi sebaris juri.
@dirafdias33 Sweet je iqbal ngan dsv #fyp #fypシ
♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT – QU PUTEH BARULAH PUT
Kredit: TikTok dirafdias33, ceooftwitter, hafizjo
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
