Minta Batal Sehari Lagi Bernikah, Rupanya Lelaki Honeymoon Dengan Skandal Lain!

Apabila menjalinkan percintaan dengan insan yang kita sayang, pastilah mahu menghalalkan hubungan tersebut dengan ikatan yang sah. Namun tak dinafikan, ada sahaja dugaan yang datang menguji sebelum mana-mana couple melangkah ke alam perkahwinan walaupun dah berpuluh tahun berkenalan. Seperti nasib yang menimpa seorang wanita ini apabila lelaki yang dikasihinya tiba-tiba berubah fikiran untuk tidak meneruskan perkahwinan sehari sebelum majlis nikah berlangsung.

BACA: Suami Kantoi Ada Skandal Tempat Kerja, Isteri Lari Rumah Bawak Anak, Akhirnya..

Suka dia sejak dari sekolah…support dia masa kahwin & jadi duda

Menurutnya, lelaki itu merupakan crush sejak di bangku sekolah lagi hinggalah bergelar doktor keluarganya. Lelaki itu juga pernah mendirikan rumah tangga namun jodoh mereka tidak panjang. Sejak daripada itu, dia sering mengadu setiap masalah yang dihadapi kepada wanita terbabit hinggalah cinta baru pula berputik. Walaupun ibu bapa wanita ini kurang menyukai doktor lelaki tersebut, namun dia tetap juga keluar bersama duda berkenaan.

Dia mula tolak jumpa di klinik & fitting baju nikah asing

Malam sebelum nikah belek IG…dia dekat Jakarta!

Wanita ini langsung tidak mengesyaki sebarang perubahan tingkah laku ditampilkan oleh lelaki terbabit sehinggalah ke malam sebelum majlis nikah berlangsung. Tanpa disangka-sangka, doktor tersebut rupanya sedang ‘honeymoon‘ bersama skandalnya di negara jiran. Ketika dihubungi pula, lelaki itu terus berkata yang dia mahu putuskan semua hubungan dengan wanita terbabit sekali gus membatalkan majlis pernikahan yang bakal berlangsung dalam tempoh kurang 24 jam lagi.

Pulangkan cincin kat mak esok…tak payah tanya apa-apa

Kenduri kahwin jadi majlis doa selamat

Gara-gara insiden yang tidak dijangka itu, keluarganya tetap meneruskan majlis yang sudah lama ditempah namun menukarkannya kepada kenduri doa selamat sahaja. Sejak dari itu, wanita ini menutup semua akaun media sosialnya selama 2 tahun lebih manakala kesihatannya juga terjejas.

Dengar cakap parents…kalau tak sesuai maka tak sesuai lah tu

Dalam pada itu, wanita ini berharap agar kisah pengalaman hidupnya ini boleh dijadikan sebagai iktibar buat semua pihak di luar sana baik perempuan atau lelaki. Dia turut menyatakan bahawa adalah tidak berbaloi untuk memperdaya ibu bapa sendiri demi hubungan yang belum tentu sah lagi. Memandangkan sudah serik diperlakukan sebegini, dia juga sudah tidak melayan apa sahaja panggilan atau mesej yang diterima daripada doktor lelaki terbabit.

Sumber: Twitter

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?