Minta Jiran Jagakan Rumah, Sekali Ditebuk Dinding Alasan Senang Nak Tengokkan

Hidup berjiran pasti perlu semangat kejiranan yang kuat. Semuanya akan menjadi baik saja sekiranya masing-masing saling menjaga adab serta bertolak ansur antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, tidak semua orang dikurniakan jiran yang elok perangainya antaranya adalah seperti seorang gadis ini menceritakan kisah seorang tetangga yang boleh dikategorikan sebagai melampau apabila memperlakukan rumahnya sesuka hati.

BACA: Garu Kepala Tanggung Rugi.. Tuan Rumah Kesal Sikap Penyewa Dari Neraka

Suka-suka hati tebuk dinding rumah orang

Advertisement

Cerita berkenaan telah dikongsi oleh seorang gadis di laman Twitter. Jelasnya, mereka sekeluarga tinggal di Melaka namun mempunyai sebuah lagi rumah di Ipoh, Perak. Oleh sebab tinggal agak jauh dari tempat berkenaan, si ayah sempat menitipkan pesan buat seorang jiran yang tinggal bersebelahan supaya menjagakan rumah untuk mereka. Namun begitu, dia bertindak mengalihkan perabot dari rumahnya ke rumah gadis tersebut dengan alasan supaya kelihatan ada orang tinggal. Malah dengan selamba menebuk dinding kediaman berkenaan supaya senang menjenguknya. 

Gambar Sekadar Hiasan

Malas nak report bagai

Advertisement

Walaupun berang dengan tindakan tersebut, namun pemilik kepada rumah berkenaan hanya meminta untuk dinding itu ditutup kembali dan malas memanjangkan cerita. Meskipun ramai meminta untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa ke atas jiran itu, tetapi tuan rumah tidak mahu menyulitkan keadaan. 

Gambar Sekadar Hiasan

Lama-lama nanti dia tanya pulak awak siapa kenapa masuk rumah saya

Advertisement

Rata-rata netizen pada mulanya seakan tidak percaya dengan kisah yang diceritakan namun gadis ini mengakui ia betul-betul terjadi kepada keluarganya. Ramai dilihat terkejut dengan kelakukan jiran berkenaan dan ada turut berkongsi cerita bertemu perangai yang sama. 

Sumber: Twitter Eyqa

Advertisement

 

Apa Komen Anda?