Family Kesihatan

“Minta Maaf , Su Tak Dapat Bagi Seorang Cucu Pun Untuk Mak & Anak Mak”

“Minta Maaf , Su Tak Dapat Bagi Seorang Cucu Pun Untuk Mak & Anak Mak”

Sharing is caring!

Setiap wanita yang sudah berkahwin pasti mempunyai impian untuk menimang cahaya mata. Lebih-lebih lagi kehadiran seorang anak dapat menjadi penyeri sebuah rumah tangga serta mengeratkan hubungan di antara sepasang suami isteri. Walau bagaimanapun, bukan semua perempuan berkesempatan diberi peluang untuk hamil zuriat sendiri. Ada yang diuji dengan dugaan bertahun-tahun menunggu peluang berkenaan untuk tiba walaupun sudah bermacam usaha dilakukan. 

BACA: [VIDEO] Suami Isteri Gagal Tahan Sebak Disahkan Hamil, 10 Tahun Menanti Zuriat

7 tahun berkahwin belum punya zuriat

Samalah seperti seorang wanita ini yang masih tidak mempunyai rezeki untuk hamil walaupun usia perkahwinan bersama suami sudah mencecah 7 tahun. Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook, Suhaini Mohd Yusof turut menerima berita sedih apabila disahkan menghidap kanser rahim stage 1. Semuanya bermula pada September 2019 apabila tempoh period yang dilalui tidak stabil dan badannya mula mengeluarkan ketulan-ketulan berwarna merah, tak ubah seperti sedang keguguran. 


“Minta Maaf , Su Tak Dapat Bagi Seorang Cucu Pun Untuk Mak & Anak Mak”

“Minta Maaf , Su Tak Dapat Bagi Seorang Cucu Pun Untuk Mak & Anak Mak”

Hanya perlu ambil ubat stabilkan sistem dalaman

Namun begitu, pemeriksaan yang dilakukan di klinik tidak menunjukkan apa-apa buruk berlaku. Wanita itu hanya diminta untuk mengambil ubat tertentu bagi mengurangkan keberangkalian simptom tersebut berulang kembali. Tetapi keadaannya semakin memburuk setelah dia terlupa untuk membawa ubat berkenaan sewaktu bercuti di luar negara sehingga memaksanya untuk melakukan pemeriksaan lanjut di sebuah pusat perubatan swasta. 

“Minta Maaf , Su Tak Dapat Bagi Seorang Cucu Pun Untuk Mak & Anak Mak” “Minta Maaf , Su Tak Dapat Bagi Seorang Cucu Pun Untuk Mak & Anak Mak”

“Minta Maaf , Su Tak Dapat Bagi Seorang Cucu Pun Untuk Mak & Anak Mak”

Perlu buat keputusan untuk buang rahim 

Remuk hatinya apabila diberitahu menghidap kanser tersebut malah dirinya perlu membuat pilihan sama ada membuang rahim atau tidak. Ia bagi mengelakkan kanser tersebut merebak dengan lebih pantas ke arah organ badan yang lain. Sungguhpun berat, namun akhirnya kedua-dua suami isteri berkenaan menerima dengan hati yang redha untuk dibuang rahim tersebut. Penantian mereka untuk mendapatkan zuriat selepas 7 tahun juga terkubur begitu sahaja. 


 

“Minta Maaf , Su Tak Dapat Bagi Seorang Cucu Pun Untuk Mak & Anak Mak” “Minta Maaf , Su Tak Dapat Bagi Seorang Cucu Pun Untuk Mak & Anak Mak” “Minta Maaf , Su Tak Dapat Bagi Seorang Cucu Pun Untuk Mak & Anak Mak”

“Minta Maaf , Su Tak Dapat Bagi Seorang Cucu Pun Untuk Mak & Anak Mak”

Sedih tak mampu lahirkan zuriat sendiri

Walaupun redha namun tetap sedih di hatinya serta tak terluah dengan kata-kata apabila mengenangkan diri tidak mampu melahirkan zuriat kepada suaminya dan juga cucu kepada ibunya. Walau bagaimanapun, Suhaini bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang sangat memahami dan juga supportive. Selain itu, sempat juga dia menitipkan nasihat kepada perempuan di luar sana untuk melakukan pemeriksaan jika period tidak berada dalam keadaan teratur. 

“Minta Maaf , Su Tak Dapat Bagi Seorang Cucu Pun Untuk Mak & Anak Mak” “Minta Maaf , Su Tak Dapat Bagi Seorang Cucu Pun Untuk Mak & Anak Mak”

“Minta Maaf , Su Tak Dapat Bagi Seorang Cucu Pun Untuk Mak & Anak Mak”

Sumber: Suhaini Mohd Yusof


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Minta Maaf , Su Tak Dapat Bagi Seorang Cucu Pun Untuk Mak & Anak Mak”

Sharing is caring!