Inspirasi

Mira Filzah Ajak Refleksi 10 Malam Terakhir – “Tanya Hati, Cukup Ke Amal Kita?”

Mira Filzah Ajak Refleksi 10 Malam Terakhir – “Tanya Hati, Cukup Ke Amal Kita?”

Sharing is caring!

Sedar tak sedar, kita sudah pun berada dalam 10 malam terakhir apabila setiap amalan ibadah akan dihitung berlipat kali ganda. Dalam kesempatan ini juga, pelakon dan pengacara Mira Filzah mengajak pengikutnya untuk turut sama mengejar malam yang sering ditunggu-tunggu iaitu Lailatul Qadar.

BACA: [VIDEO] Ramai Terkejut Dengar Mira Filzah Menyanyi ‘Live’ Masa Sepahtu Reunion


10 malam akhir, ibarat pertandingan larian umat Islam

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram semalam, Mira mengandaikan bahawa 10 malam terakhir ini sebagai sebuah pertandingan larian buat semua orang Islam. Malah lebih menguntungkan bagai seorang ‘juara’ sekiranya ada yang sempat mengejar dan bertemu dengan malam penuh mulia itu. Sebaliknya, rugilah bagi mereka yang tidak berusaha mencarinya.

Mira Filzah Ajak Refleksi 10 Malam Terakhir – “Tanya Hati, Cukup Ke Amal Kita?”

Mira Filzah Ajak Refleksi 10 Malam Terakhir – “Tanya Hati, Cukup Ke Amal Kita?”

Tanya hati, cukupkah amalan kita selama ini?

Tidak cukup dengan itu, Mira juga sempat mengajak setiap di antara kita untuk sama-sama membuat refleksi diri sepanjang kehidupan ini. Sebagai insan yang tidak lari daripada dosa, ini adalah masa terbaik untuk kita memohon keampunan daripada-Nya. Ibadah yang dilakukan di antara malam-malam ini juga boleh dijadikan ‘simpanan’ pahala kita.


Mira Filzah Ajak Refleksi 10 Malam Terakhir – “Tanya Hati, Cukup Ke Amal Kita?”

Mira Filzah Ajak Refleksi 10 Malam Terakhir – “Tanya Hati, Cukup Ke Amal Kita?”

Bukanlah ustazah, cuma nak kongsi doa buat semua..

Dalam perkongsian yang cukup bermakna itu lagi, beberapa doa amalan sepanjang mencari Lailatul Qadar turut dikongsi wanita berusia 27 tahun ini. Meskipun dia bukanlah seorang alim ulama, namun segala ilmu tersebut dikongsi supaya mudah difahami dalam bahasa ringkas.

View this post on Instagram

(3/3) . . Here’s a Doa yang kita boleh amalkan mulai hari ini untuk bertemu malam Lailatul Qadar di sepanjang bulan Ramadhan: “Allahummar-zuqna lailatul qodri fii hazihis-sanati wa fii kulli sanati, wa A-‘in-naa ‘alaa ihyaa ihaa qi ya mihaa, birahmatika yaa arhamarrohimin” . . Maksudnya: ya Allah, rezekikan kami Lailatul Qadar pada tahun ini dan juga setiap tahun. Dan bantulah kami untuk menghidupkan dan membangunkan malamnya dengan RahmatMu, Wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . . Here’s another Doa untuk kita baca ketika malam Lailatul Qadar: “Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’funa ‘Annii” yang bermaksud Ya Allah, sesungguhnya Engkau Zat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku” . . I’m here not trying to be ustazah, but I just wanna share my thoughts with everyone, dalam bahasa dan kata yang sangat mudah untuk kita semua faham kenikmatan malam Lailatul Qadar. Thank you for reading this. 🤲🏻🌌 . . ..and the race starts now.

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Sumber: Instagram @mfmirafilzah


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini