Isu Semasa Viral

Misteri Kehilangan Zalina Azman, Tak Campur Dengan Jiran & Rumah Nampak Terbiar

Misteri Kehilangan Zalina Azman, Tak Campur Dengan Jiran & Rumah Nampak Terbiar

Tiada angin tiada ribut, sejak semalam berita mengenai kehilangan bekas pembaca berita TV3 bernama Zalina Azman mula kecoh diperkatakan ramai. Disangkakan baru terjadi, rupanya wanita berkenaan sudah gagal dikesan sejak November tahun lalu lagi. Jadi sebenarnya, di manakah Zalina berada sekarang?

BACA : Anak Menghilang Kata Cari Rumah Baru, Ibu Merempat Enggan Masuk Rumah Kebajikan

Berita tersebut dikongsikan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin lalu

Bukan sahaja netizen, malahan kini rakan seperjuangan yang pernah bertugas sebidang dengan Zalina juga akui terkejut. Selepas usaha menjejaki wanita itu tidak menemukan hasil, kini pihak polis giat membuat hebahan menyeluruh bagi membantu siasatan lanjut.

Bila nak jumpa kami cuba telefon dia, tapi tak dapat…Tiada dering…Itu pun sangat lama

Merupakan salah seorang rakan baik namun kali terakhir berjumpa adalah pada 2013 lalu, bekas wartawan rancangan ‘999’ iaitu Zakiah Anas mendedahkan awalnya mereka sangka Zalina mahu hidup secara ‘low-profile‘ dan enggan terlalu kerap bergaul. Hinggalah anaknya membuat laporan polis, barulah mereka sedar apa yang sedang terjadi. Setahunya, wanita itu merupakan seorang yang sangat baik malahan mereka tiada sebarang isu sesama sendiri.

Misteri Kehilangan Zalina Azman, Tak Campur Dengan Jiran & Rumah Nampak Terbiar

Misteri Kehilangan Zalina Azman, Tak Campur Dengan Jiran & Rumah Nampak Terbiar

Misteri Kehilangan Zalina Azman, Tak Campur Dengan Jiran & Rumah Nampak Terbiar

Jiran berkata tak pernah bersua muka dengan Zalina sejak dia pindah beberapa tahun lalu

Dikatakan hanya tinggal seorang diri dan jenis tidak bergaul, jiran kepada wanita berusia 58 tahun terbabit juga sangat terkejut dengan kehilangannya. Malahan perkhabaran itu hanya diketahui selepas hebahan dibuat menerusi berita. Tinjauan ke lokasi kediaman Zalina memperlihatkan keadaan rumah tersebut yang nampak seperti sudah lama ditinggalkan.

Kredit : FB Malaysia KiniBMHarian Metro, YouTube Berita Harian Online, Portal BH Online

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Misteri Kehilangan Zalina Azman, Tak Campur Dengan Jiran & Rumah Nampak Terbiar

Facebook

Telegram