Family Hiburan Viral

Moleiq Excited Nyanyi ‘Baby Shark’ Walau Salah Lirik, Kecomelannya Dipuji Ramai

Moleiq Excited Nyanyi ‘Baby Shark’ Walau Salah Lirik, Kecomelannya Dipuji Ramai

Sharing is caring!

Pada peminat yang mengikuti perkembangan selebriti Ozlyn Wati dan juga Johan Raja Lawak, pasti mengetahui tentang telatah mereka di Instagram, kan? Khususnya dalam urusan menjaga anak-anak, gambar dan juga video yang dikongsikan cukup menghiburkan kita semua. Jika sebelum ini peminat terhibur melihat telatah si Cantiq, perhatian itu kini beralih kepada anak bongsu mereka iaitu Moleiq.


BACA: “MasyaAllah Comel” – Netizen Terkesima Lihat Wajah Melepak Anak Ardell & Nadzmi

Lagu semua ikut cara dia, kalau salah lirik kita nak betulkan pun tak diberinya..

Baru-baru ini, mereka telah memuat naik satu video berdurasi 1 minit berkenaan anak bongsunya iaitu Nur Latifah Moleiq Hanania yang sedang menyanyikan lagu popular berjudul ‘Baby Shark’. Ia agak menggelikan hati kerana ketika itu, Ozlyn ingin membetulkan lirik  lagu yang kedengaran salah. Bagai tidak mempedulikan keadaan sekeliling, Moleiq tetap juga meneruskan nyanyian selain sempat menari dengan begitu comel.  Dengan nada berseloroh, Ozlyn juga menyatakan dia hanya layankan saja nyanyian dan mengikut semua lagu yang dipilih oleh anaknya.


Lengan dengan tangan tu comel & gebunya, jumpa tangan dulu baru nampak muka dia masa tengok video ni..

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah spontan daripada Moleiq sepanjang rakaman video ini. Mendapat lebih 300 ribu jumlah tontonan sejak dimuat naik, ramai yang memuji kecomelan selain ‘geram’ melihat kegebuan tangan kanak-kanak ini.


Moleiq Excited Nyanyi ‘Baby Shark’ Walau Salah Lirik, Kecomelannya Dipuji Ramai Moleiq Excited Nyanyi ‘Baby Shark’ Walau Salah Lirik, Kecomelannya Dipuji Ramai Moleiq Excited Nyanyi ‘Baby Shark’ Walau Salah Lirik, Kecomelannya Dipuji Ramai Moleiq Excited Nyanyi ‘Baby Shark’ Walau Salah Lirik, Kecomelannya Dipuji Ramai

Sumber: Instagram jozlynnhanania

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!