Hiburan

“Mommy Tolong”- Krew Produksi Terpaksa Seret Intan Najuwa Sebab Takut Injection

“Mommy Tolong”- Krew Produksi Terpaksa Seret Intan Najuwa Sebab Takut Injection

Sharing is caring!

Apabila berbicara tentang sesi rawatan injection, tak dinafikan ramai dalam kalangan masyarakat kita yang sebenarnya seram untuk melakukannya. Selain golongan kanak-kanak, orang dewasa juga tak terlepas daripada lari daripada perasaan gementar atau takut apabila berdepan dengan situasi berkenaan. Rentetan perkara itu, ada sahaja alasan atau cara yang boleh digunakan untuk mengelak daripada terkena cucukan daripada doktor.

BACA: “Takutnya Tengok..” – Gigih Memanjat Walaupun Hamil, Shima Anuar Bikin ‘Seriau’

Ambil rawatan vaksin…tak lama lagi tunaikan umrah

Itulah yang dilalui oleh pelakon kecil molek Intan Najuwa baru-baru ini. Menerusi sebuah video yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya, gadis berusia 22 tahun ini dilihat mendapatkan rawatan vaksin sebelum berangkat menunaikan umrah. Difahamkan, perkara itu dilakukannya kebetulan melakukan sesi penggambaran di sebuah pusat perubatan.

“Mommy Tolong”- Krew Produksi Terpaksa Seret Intan Najuwa Sebab Takut Injection


Satu production pujuk & heret taknak bagi takut

Bagaimanapun, pelakon drama ‘Setelah Ku Dimiliki’ ini menjadi tumpuan ramai gara-gara takut untuk menerima injection tersebut. Bagi mengatasi masalah tersebut, seluruh ahli krew produksi yang terlibat dalam penggambaran itu bertindak ‘mengheret’ masuk ke dalam bilik doktor dan memujuknya hingga proses tersebut selesai.

https://www.instagram.com/p/B57t8aqAvLe/

Alahai penakut rupanya…tapi comel je buat muka macam tu

Ternyata perkongsian yang dibuat oleh pelakon popular ini membuatkan ramai netizen terhibur serta menyatakan wajahnya sangat comel walaupun membuat reaksi yang cukup tak selesa. Malah ada juga yang berseloroh serta memahami perasaan Intan Najuwa lebih-lebih lagi andainya sudah lama tidak disuntik. Setakat ini, video berkenaan telah ditonton hampir 400 ribu kali di laman Instagram.

“Mommy Tolong”- Krew Produksi Terpaksa Seret Intan Najuwa Sebab Takut Injection


“Mommy Tolong”- Krew Produksi Terpaksa Seret Intan Najuwa Sebab Takut Injection

“Mommy Tolong”- Krew Produksi Terpaksa Seret Intan Najuwa Sebab Takut Injection

“Mommy Tolong”- Krew Produksi Terpaksa Seret Intan Najuwa Sebab Takut Injection

Sumber: IG intannajuwa


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!