Mudah Sangat Gadai Maruah, Tauke Jambu Sekolahkan Perangai Budak TikTok & Bigo!

Pada zaman kecanggihan teknologi media sosial masa kini, semua lapisan masyarakat mempunyai akses untuk berhubung ataupun berinteraksi dengan orang ramai. Masakan tidaknya, bayi yang masih berada dalam kandungan perut ibunya juga sudah mempunyai akaun media sosial sendiri yang diwujudkan oleh ahli keluarga sendiri. Namun begitu, sedarkah kita semua tentang kebaikan dan juga keburukan yang sudah melanda masyarakat akibat kemudahan tanpa batasan ini?

BACA: Konon Nak Nafikan Tidur Dengan Skandal Lain, Tapi Akhirnya Lelaki Ini Tewas!

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Antara isu sosial yang paling ketara di alam maya sejak akhir-akhir ini adalah menyumbang kepada kerosakan akhlak dalam jiwa golongan muda. Aplikasi hiburan seperti Bigo, TikTok atau yang mempunyai fungsi live streaming  dilihat semakin penuh dengan foto serta video yang tidak senonoh atau sopan dan ditonton oleh warganet di seluruh dunia.

Menerusi satu temubual bersama portal mStar baru-baru ini, pelawak serta pelakon Tauke Jambu ada memberikan pandangannya terhadap masalah serius tersebut, berserta langkah-langkah pencegahannya.

Benda ni sangat tidak bagus…

Menggunakan platform sosial yang sama untuk berinteraksi dengan peminat dan melariskan perniagaannya, Tauke mendedahkan bahawa dia juga menyedari tentang trend yang tidak sihat ini. Oleh itu, dia turut mempersoal tentang ‘kerelaan’ para gadis di luar sana yang sanggup mempamerkan aksi ‘panas’ demi meraih perhatian penonton, terutamanya golongan lelaki.

Untuk elakkan perkara ni berlaku, jangan tengok!

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri bin Zakaria turut menyeru orang ramai di luar sana agar jangan menonton atau berkongsi video-video sedemikian sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan lambakan perkara negatif ini daripada muncul di media sosial. Hal ini kerana trend tersebut semakin berleluasa gara-gara terdapat permintaan atau peminat yang menyumbang ke arahnya.

Gambar sekadar hiasan

Jangan salahkan mereka…tapi salahkan diri sendiri

Selain itu, dia turut menegaskan bahawa semua perkara negatif ini tidak boleh dipersalahkan kepada sang pelaku semata-mata, namun setiap orang yang memberikan tanda sokongan ke arah perkara itu yang perlu disedarkan terlebih dahulu. Tambahnya lagi, perkara ini memang sukar untuk ditegah, jadi peranan bijak setiap pengguna media sosial yang dapat mengawal perkara tersebut daripada terus berlarutan.

Mereka ada otak tapi tiada akal – Tauke meluat remaja gadai meruah

Tidak mengejutkan, ramai netizen yang bersetuju dengan pendapat oleh Tauke itu bahawa perkara ini sememangnya memberikan banyak kesan negatif kepada semua pengguna media sosial.

 Ibu bapa sibuk nak duit…anak tolong jual maruah

Inilah tanda akhir zaman yang Nabi sebut…

Zaman dah berubah…sekarang maruah semakin murah

Sumber: YouTube mStar Online

Apa Komen Anda?