Isu Semasa Viral

Muka Cantik Tapi Tangan Panjang, Wanita Kantoi Nekad Curi Baju Bernilai RM4K

Muka Cantik Tapi Tangan Panjang, Wanita Kantoi Nekad Curi Baju Bernilai RM4K

Sharing is caring!

Kadangkala, penampilan luaran hanyalah bayangan bagi menutup realiti sebenar tahap kewangan seseorang. Akibat terdesak, mulalah berfikir pelbagai cara untuk merasai kemewahan sehingga sanggup melakukan perkara di luar jangkaan. Mungkin begitulah situasi bagi menjelaskan masalah kecurian yang berlaku baru-baru ini di ibu negara.

BACA: Curi Kabel Elektrik Demi Biayai Kos Isteri Bersalin, Suami Tumpas Dicekup Polis


Sanggup mencuri 21 helai pakaian daripada sebuah butik terkemuka

Memetik laporan Harian Metro, seorang wanita berusia 28 tahun telah disyaki mencuri 21 helai pakaian daripada sebuah butik terkemuka dalam pusat membeli-belah di Bangsar. Walau bagaimanapun, cubaan mencuri itu gagal apabila kegiatan wanita berkenaan berjaya dihidu oleh pekerja butik terbabit.

Muka Cantik Tapi Tangan Panjang, Wanita Kantoi Nekad Curi Baju Bernilai RM4K

 

Nampak sangat cantik tapi mencurigakan… ‘kantoi’ masukkan baju dalam beg

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar jam 6.30 petang. Penyelia butik berkenaan melihat suspek yang kelihatan cantik dan stylish berada dalam keadaan mencurigakan. Tidak lama selepas itu, wanita terbabit dilihat pula sedang mengisi beberapa pakaian dalam beg.


Muka Cantik Tapi Tangan Panjang, Wanita Kantoi Nekad Curi Baju Bernilai RM4K

Muka Cantik Tapi Tangan Panjang, Wanita Kantoi Nekad Curi Baju Bernilai RM4K

Nilai pakaian yang dicuri dianggarkan sebanyak RM4K… telah direman selama 2 hari

Apabila melangkah keluar, penggera keselamatan di pintu terus berbunyi sehingga menyebabkan dia ditangkap kerana gagal menunjukkan resit pembayaran bagi kesemua  item yang dicuri olehnya. Selain itu, anggaran nilai kesemua pakaian yang dirampas oleh pihak berkuasa adalah sebanyak RM4,310. Kini, suspek telah direman selama 2 hari bermula semalam bagi menjalani siasatan lanjut.

Muka Cantik Tapi Tangan Panjang, Wanita Kantoi Nekad Curi Baju Bernilai RM4K

Muka Cantik Tapi Tangan Panjang, Wanita Kantoi Nekad Curi Baju Bernilai RM4K

Sumber: FB Harian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!